Semenjak anak-anak bersekolah memulakan sesi pembelajaran di rumah secara PDPR, menjadi tugas mak ayah pula untuk memantau perkembangan mereka. Selain melakukan pembelajaran secara dalam skrin, tidak ketinggalan mereka jua ada melakukan kerja rumah yang perlu menulis dengan banyak. Tetapi, kalau mak ayah perasan, anak-anak dah semakin cepat penat apabila menulis walaupun sekejap. Kenapa?
Baca juga: Guru Kongsi Tips Anak Cepat Pandai Menulis, Bukan Hanya Bagi Kertas & Pensil Je
Kenapa anak cepat penat bila menulis?
Boleh jadi sebab otot jarinya lemah. Kalau nak merasa struggle anak kita nak menulis, cuba kita PAKSA DIRI TULIS JAWI GUNA TANGAN KIRI. Kelmarin saya dah cuba. Insaf betul rasa. Nak habiskan menulis satu muka surat tu, sungguh! Rasa nak menangis. Tah berapa kali padam dan betulkan balik.
Baru faham kenapa kadang tulisan anak buruk. Dan kenapa anak boleh menangis nak siapkan kerja sekolah. Padanlah bila sebut kerja sekolah, macam-macam alasan dibagi. Kalau anak dipaksa pegang pensel dalam keadaan jari yang masih lemah, kita takut nanti anak hilang minat untuk buat kerja sekolah. Tapi jangan risau. Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk kuatkan jemari anak. Ini contoh permainan yang boleh saya cadangkan.
5 KEDAI DI SHOPEE JUAL MAINAN SENSORI
Di setiap gambar, saya ada sertakan apa benefit yang mainan tu boleh bagi kat anak. Pilihlah ikut sesuai umur anak tau.
Tak payah susah cari kat mana. Saya dah senaraikan antara tempat yang boleh korang cari.
1.EZ Kitz: https://shp.ee/pd9mbyx
2.RC Haus: https://shp.ee/p8amrxz
3.Teras Med: https://shp.ee/iuk3wbz
4.My Little Deerie: https://shp.ee/a93veer
5.Little Brainy: https://shp.ee/46kfp59
CONTOH PERMAINAN
1.Fidget sensory toy
Ni orang pakai untuk budak ralit. Macam kita yang besar ralit main letupkan bubble wrap tu.Bagus untuk latih finger isolation. Mintak anak gunakan satu demi satu jari.satu line, jari kelinking. Satu line lagi jari manis, sampai la guna semua jari.
2.Wooden Stacker
Ini untuk koordinasi mata dan tangan. Ini asas sebelum nak kenalkan anak dengan aktiviti lacing. Anak akan belajar kawalan tangan juga.
3.Dropper
Menguatkan jemari anak. Latih pincer grip. Kasi jari anak power. Ini kalau anak-anak saya main, komfem susah berhenti. Anything yang berkaitan dengan air dan warna, diorang memang suka. Kalau taknak menangis basuh karpet, lapik la ye. Tak pun main kat porch
Ini baru bercakap soal jari lemah. Sedangkan dalam kemahiran menulis, ada beberapa lagi kemahiran yang anak kuasai.
Antaranya :
– Kemahiran fokus
– Kemahiran motor kasar
– Kemahiran koordinasi tangan-mata
– Kemahiran koordinasi bilateral
– Kemahiran visual (perception/ discrimination dsb)
Dan baaanyak lagi! Tapi jangan risau. Permainan sedia ada ini pun akan bantu improve kemahiran yang lain sekali. Dan jangan lupa ajar anak banyakkan guna badan secara aktif. Untuk improve motor kasar juga.
Sumber: Wawa Shauqi