Asuh

Guru Kongsi Tips Bagi Anak Cepat Pandai Menulis, Bukan Hanya Bagi Kertas & Pensil Je!

60
SHARES

Menulis mungkin merupakan aktiviti yang sedikit membosankan untuk anak-anak. Mana tidaknya, di sekolah perlu menulis dengan banyak dan pulang ke rumah pun perlu dilatih menulis lagi. Penat!

Untuk pengetahuan anda, proses latihan menulis ini perlu diterapkan dari kecil lagi dan memerlukan kekuatan dan segi tangan dan bahu anak-anak. Oleh itu, ini ada beberapa aktiviti yang dikongsikan oleh guru untuk mak ayah cuba bagi kuatkan tangan anak supaya dapat menulis dengan baik.

AKTIVITI UNTUK KUATKAN TANGAN ANAK, CEPAT MENULIS

Siapa nak tahu?

Gambar-gambar di bawah merupakan antara aktiviti untuk menguatkan tangan dan bahu anak-anak. Masa anak baby dulu ada skipped anak merangkak tak? Mungkin sesetengah anak tiada masalah bila skipped merangkak but some may have problem. Seperti tidak mempunyai bahu dan otot yang kuat, jadi anak tak kuat menulis.

Lepas tu, bagi anak rajin melompat, memanjat, main bola supaya otot-ototnya semua bekerja. Hadkan penggunaan gajet.

1. Menggumpul kertas, menekan, menggunting

2. Mengecop, mengoyak, mengupas

3. Bermain bongkah dna tali, lego, permainan manipulatif

4. Merangkak dan menyentuh objek

*Boleh cuba di rumah nanti!

Sumber: Ashikin Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×