Famili

Anak Minta Jual Lukisan Depan Rumah Harga RM 1, Rupanya Ada Orang Beli!

3K
SHARES
ajar anak menulis

Sudah menjadi lumrah dalam kalangan anak-anak yang sedang membesar adalah keinginan untuk mencuba sesuatu yang baharu. Begitu juga dengan kisah comel yang dikongsikan di Facebook Fadhil Zainuddin apabila anak-anaknya meminta untuk menjual lukisan yang dilukis oleh mereka di hadapan rumah. Mungkin ini juga boleh jadi aktiviti untuk anda dan anak-anak juga? Menarik!

Baca juga: Terkejut 17 Cawan Boba Sampai Rumah, Rupanya Anak Order Sampai RM150!

ANAK NAK JUAL LUKISAN DEPAN RUMAH, RUPANYA ADA ORANG BELI!

Menurut perkongsian ayah ini, anak-anaknya meminta untuk menjual lukisan walaupun hanya di hadapan rumah sahaja. Disangka tiada sesiapa yang berminat rupanya ada yang datang beli! Kreatif adik-adik ini.

Petang tadi layan anak sulung aku jual lukisan dia, punya beria dia nak bukak kedai, dia kata dekat aku “Depan rumah pun takpe” jadi aku pun layankan sahaja.

Aku tak nak patahkan semangat dia tu, jadi aku sediakan tempat dia dan aku tinggalkan dia dengan adik dia biar mereka cuba jual sendiri, tak sangka semua 6 lukisan dia habis dijual. Sekarang mak dia pening sebab esok dia nak bukak kedai jual lagi, mak dia ingat tadi tak ada orang nak beli.

Bukan itu sahaja, di laman Twitter pula terjumpa ibu saudara kepada anak-anak ini berkongsikan video semasa aktiviti jualan dilakukan. Video berdurasi 40 saat itu mendapat lebih 23k tontonan dan semuanya memuji kreativiti kanak-kanak tersebut. Selain harga yang ditawarkan adalah murah, ada juga dalam kalangan pembeli yang membayar lebih. Comel betul!

Ada yang nak cuba aktiviti macam ini dengan anak-anak tak?

Sumber: Fadhil Zainuddin, @imaazaain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×