Artikel kali ini penulis ingin kongsikan satu trik mudah dan cepat untuk membuatkan masakan anda lebih sedap iaitu dengan menggunakan air rebusan udang.
Lebih menariknya, air rebusan udang ini boleh disimpan di dalam peti ais beku dalam jangka masa yang lama. Bila nak masak, tinggal masukkan sahaja. Jom cuba!
Baca juga: Resepi Jelly Buah Comel Guna Acuan Lompang, Makan Sejuk-Sejuk Lagi Puas Hati!
CARA BUAT AIR REBUSAN UDANG, SENANG NAK MASAK
Kaedah yang dikongsikan akan menghasilkan air rebusan yang lebih manis dan tahan lama berbanding dengan rebus semata-mata.
Buat anda yang tidak tahu, air rebusan udang boleh digunakan untuk buat kuah mi Hokkien Pulau Pinang, mi Jawa dan nasi berperisa. Boleh dipelbagaikan dengan menambah bawang putih, lada hitam/putih dan cili.
Cara-cara penyediaan air rebusan udang:
1. Basuh bersih kulit dan kepala udang. Kemudian, toskan sehingga kering.
2. Setelah itu, panaskan minyak dalam kuali/ periuk dan masukkan kulit serta kepala udang dalam minyak tersebut.
3. Goreng sehingga air kering (jika masih berair) dan warna kulit udang berubah.
4. Tambahkan air sehingga kulit udang tenggelam sepenuhnya.
5. Biarkan rebusan tersebut reneh seketika atau selama 10 minit.
6. Setelah mendidih, tapis air rebusan tersebut.
7. Tapisan pertama, warna air rebusan agak jernih/ cair.
8. Masukkan kulit dan kepala udang ke dalam pengisar. Kisar dengan sedikit air.
9. Tapis air kisaran kulit dan kepala udang
10. Warna air rebusan udang akan lebih pekat dan berperisa.
Boleh simpan di dalam tempat sejuk beku dan guna apabila diperlukan.
Resepi masakan guna air rebusan
Antara masakan yang menggunakan air rebusan udang adalah:
Udang Pecco
Bahan diperlukan:
- Mangga mentah
- Udang
- Kacang tanah
- Latok
- Lada merah
Cara penyediaan:
– Hiris mangga dan goreng kacang tanah.
– Tumbuk halus lada merah dan kacang tanah.
– Campurkan ke dalam udang dan tambahkan sedikit air rebusan udang.
– Gaul semua bahan sehingga sebati.
– Sedia untuk dinikmati.
Char Kuetiau
Bahan-bahan:
- Kuey teow
- Cili Kering (dikisar)
- Bawang besar (dikisar)
- Cili Sos
- Kicap Manis
- Kicap Pekat
- Sos Tiram
- Taugeh
- Kucai
- Telur
- Udang (direbus)
- Air rebusan udang
- Kerang (direbus)
Cara penyediaan:
1. Panaskan kuali, masukkan minyak. Minyak kena lebih supaya bila masukkan telur nanti kuetiau tak melekit.
2. Tumis bawang putih dan masukkan udang. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi. Gaul sampai sebati.
3. Masukkan 1 sudu besar sos cili, 1 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar kicap pekat.
4. Masukkan 5 sudu makan kicap manis dan tambah sedikit garam. Kacau sehingga sebati.
5. Masukkan air rebusan udang dan pecahkan telur.
6. Kemudian masukkan kerang, kuetiau, taugeh dan kucai.
Kacau sehingga sebati dan sedia untuk dihidangkan.
Selain itu, masakan lain menggunakan air rebusan udang adalah:
- Mee Udang
- Laksa Penang
- Tomyam
- Nasi Goreng Udang
- Bihun goreng
- Kari Udang
- Kuah Mee Kari
- Sambal Tumis
- Bubur Nasi Udang
- Yong Tau Foo
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Sumber: Facebook Siti Hazneza Abdul Hamid, Omak YYP & Sabariah Sisa