Dapur

Resepi Ayam Masak Kuzi Pekat Likat, Makan Dengan Nasi Minyak Bertambah Sedap!

22
SHARES
ayam masak kuzi

Ayam masak kuzi antara hidangan terkenal dengan rasa berlemak dan aroma rempah yang mampu memikat hati semua orang. Masakan ini sesuai disajikan bersama nasi minyak, nasi butter dan nasi tomato.

Sekiranya anda ingin mencuba sendiri ayam masak kuzi di rumah, boleh ikuti perkongsian resepi di bawah ini. Lagi banyak bahan, lagi sedap!

Baca juga: Resepi Apam Comel Guna 3 Bahan, Satu Adunan Boleh Buat Macam-Macam Bentuk!

AYAM MASAK KUZI ADA BAHAN MACAM INI BARU SEDAP

AYAM MASAK KUZI

Resepi ayam masak kuzi untuk ayam seekor setengah. Sekiranya nak masak sikit, boleh kurangkan lagi bahan-bahanya.

Bahan-bahan:

  • ½ ekor ayam
  • 20 biji bawang kecil (dimayang halus, bahagikan dua, satu untuk bawang goreng, satu lagi untuk menumis)
  • Kismis hitam (direndam)
  • Kacang gajus (disangai)
  • Daun pudina (dikisar)
  • Daun ketumbar (dikisar termasuk akar)
  • 4-5 biji cili hijau
  • 5 biji cili padi merah
  • 7-8 biji cili padi hijau
  • 2-3 batang serai (diketuk)
  • 1 simpul daun pandan
  • Susu cair secukupnya
  • 3-4 sudu besar susu pekat
  • 2-3 labu bawang besar
  • 3-4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 sudu besar serbuk jintan manis
  • 2 sudu besar serbuk jintan putih
  • 2 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu besar serbuk lada hitam kasar
  • 3-4 sudu besar cili blend (kalau nak pedas, tambah lagi)

Cara-cara penyediaan:

1. Potong kecil ayam dan goreng dengan garam serta kunyit. Goreng separuh masak, ketepikan.

2. Guna minyak sama, tambahkan 2 sudu besar minyak sapi dan tumiskan 4 sekawan, bawang merah dimayang. Biarkan sehingga kekuningan.

3. Setelah itu, masukkan pula serai, daun pandan, bawang kisar, cili kisar dan semua rempah. Masak menggunakan api perlahan sehingga masak.

4. Bila dah pecah minyak, masukkan ayam, kismis hitam, garam, gula, kiub pati ayam dan daun yang sudah dikisar.

5. Biarkan reneh 10 hingga 15 minit dan masukkan pula susu cair serta susu pekat.

6. Biarkan seketika kemudian taburkan bawang goreng, cili hijau, kacang gajus dan daun ketumbar.

Ayam masak kuzi sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Selamat mencuba!

Baca juga: Trik Buat Air Rebusan Udang Lebih Pekat, Campur Dalam Masakan Pasti ‘Kick’!

Sumber: Facebook Cik Puan Jue

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×