Dapur

Cara Buat Skewer Daging Untuk BBQ, Senang & Cepat Siap!

6
SHARES

Setiap kali hujung minggu, pasti akan ada sahaja majlis ‘makan-makan’ dimana kita mengajak jiran tetangga dan kawan-kawan untuk datang ke rumah bukan? Sudah pasti, menu yang akan ada adalah sesi BBQ iaitu sesi bakar membakar makanan seperti ayam dan seafood.

Salah satu menu bbq yang menarik untuk dibuat juga adalah skewer daging. Jadi, ini perkongsian resepi dan cara mudah untuk anda buat skewer daging bbq untuk pikat selera orang ramai. Meriah dengan warna, sudah pasti rasanya pun sedap!

Baca juga: Cara Simpan Buah Limau Kasturi, Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

CARA BUAT SKEWER DAGING UNTUK BBQ, SENANG & CEPAT SIAP!

Suami minta buatkan skewer daging untuk bbq esok hari. Dengan pantasnya pergi beli bahan.

Bahan-Bahan :-

-Daging Lembu 2kg

-Capsicum (cili benggala) 4 biji

-Bawang Holland 3 biji

-Sos bbq 1 botol kecik

-Sos black papper 1 botol kecik

-Batang lidi

Cara-Cara :-

skewer daging

>Basuh & potong daging lembu dengan saiz 4 segi sederhana.

>Capsicum & bawang Holland pun potong kecik bentuk 4 segi.

>Satukan bahan-bahan dan letak sos bbq & sos black papper. Perap semalaman.

>Dah siap perap, cucuk je. Tak kesah nak panjang mana.

SIAP

* Nak letak baby tomato pun boleh dekat hujung lidi tu.

* Gantikan ayam pun boleh je.

* 2kg daging dapat anggaran 57 cucuk.

* Capsicum tu beli 3 warna untuk nampak lagi menarik.

Edit : Dah siap masak #skewerdaging

Selamat mencuba!

Sumber: Nur Aqilah Jufri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×