Dapur

Cara Simpan Buah Limau Kasturi, Boleh Tahan Berbulan-Bulan!

2.2K
SHARES

Penggunaan buah limau untuk masakan dan minuman dalam kalangan rakyat Malaysia sudah tidak asing lagi. Rasa masam-masam sudah tentunya menjadi penambah rasa yang enak dalam masakan dan sebenarnya anda tidak perlu gunakan dalam kuantiti yang banyak.

Disebabkan di pasaraya, buah limau kasturi seringkali dijual dalam kuantiti yang banyak kesudahannya buah limau tersebut akan kecut dan buruk di dalam peti sejuk. Oleh itu, apa kata kita cuba tips yang dikongsikan supaya anda dapat simpan buah limau kasturi bertahan selama berbulan-bulan!

Baca juga: Cara Pilih Buah Avocado Dengan Betul Untuk Anak, Barulah Isi Lembut!

CARA SIMPAN BUAH LIMAU KASTURI BOLEH TAHAN BERBULAN-BULAN

1. Potong dua limau yang nak disimpan supaya mudah diperah nanti.

2.Perah dan dapatkan sebekas.

3.Sudukan ke dalam bekas kiub ais.

4.Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.

5.Keesokkan harinya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas. Bila nak guna senang., cuma ambil seketul dua yang perlu untuk masak.

Nak guna untuk buat minuman seperti teh o limau atau dalam masakan pun mudah!

Sumber: Siti Fatimah Abas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×