Sihat

Petua Guna Buah Oren Untuk Hilangkan Batuk ‘Degil’ Ikut Cara Perubatan Orang Cina

4.2K
SHARES

“Dah dekat sebulan aku batuk ni tak baik lagi, penat alahai asyik batuk ni…”

Batuk secara berlanjutan merupakan situasi yang paling tidak selesa untuk dialami. Mana tidaknya, apabila mahu mula bercakap pasti terhenti kerana batuk. Bukan itu sahaja, dalam menghadapi cuaca yang panas anda juga tidak boleh mengambil minuman berais kerana risau batuk akan lebih teruk.

Sudah bermacam-macam petua telah dicuba untuk mengubati masalah batuk namun tidak menjadi. Jadi, apa salahnya kalau anda cuba satu lagi petua yang jarang orang tahu iaitu menggunakan buah oren dan garam. Macam mana tu? Jom kita lihat caranya.

PETUA: Kurangkan Masalah Batuk Berpanjangan Dengan Berkesan

Stim Buah Oren sunkist atau Limau Dengan Garam

Tahun lepas saya mengalami masalah batuk berpanjangan hampir 2 bulan lamanya. Puas mencuba pelbagai jenis ubat, antibiotik dan petua. Dengan izin Allah, Akhirnya saya temui petua ini yang diberitahu oleh kawan lama. Alhamdulillah..Petua ini juga sesuai untuk orang yang mengalami sesak dada atau hampir semput (athma)

Sesuai untuk orang dewasa dan kanak kanak. Pasti ada antara kita yang pernah mengalami masalah batuk berpanjangan, dah cuba pelbagai jenis ubat dan petua tapi ada yang tidak berkesan atau lambat. Atau mengalami on off batuk mengikut musim

Disini saya nak kongsikan satu cara mudah dan berkesan untuk merawat masalah batuk berpanjangan ini. Rawatan ini adalah petua daripada pengamal ubatan Cina untuk mengurangkan batuk, masalah batuk berpanjangan, sesuai untuk kanak-kanak dan orang dewasa.

Cara-caranya:

1. Rendam buah oren atau limau dalam air garam selama 15 minit.

*Tujuannya hanya untuk membersihkan buah.

2. Potong bahagian atas oren seperti di dalam gambar dan tambah kira-kira 1/2 hingga 1 sudu teh garam atas permukaan yang dipotong.

* Untuk hasil yang baik, dicadangkan menggunakan garpu untuk cucuk-cucuk garam supaya masuk ke dalam buah oren( sunkist)

3. Letak oren (sunkist) di dalam bekas seperti di dalam gambar, kemudian masukkan dalam bekas pengukus, kalau tidak ada pengukus cukup letak dalam periuk belanga yang mempunyai penutup dan stim selama 15 minit.

4. Selepas kukus air akan terkumpul di dalam bekas yang ada limau tu, untuk elak pembaziran, perah sekali buah limau berkenaan, jus sedia digunakan, lagi bagus minum panas-panas.

*Boleh digantikan dengan buah limau mandarin

Untuk lebih sedap carilah oren sunkist yang manis.

Apa sebenarnya yang ada pada oren dan limau ini?

Buah oren dan limau mempunyai manfaat meningkatkan aliran atau air liur, melembapkan mulut, memberi manfaat kepada paru-paru, kedua-dua oren dan limau mempunyai fungsi membuat mulut dan tekak lembap. Oleh itu, mengurangkan rasa kerengsaan yang menyebabkan gatal atau batuk.

Buah oren dalam Perubatan Cina adalah natural dan manis, jadi oren menambah manfaat kepada perut dan limpa dan menyuburkan Yin daripada kedua-dua organ. Ini bermakna bahawa oren adalah baik untuk batuk yang kering, dan ia juga lebih selamat untuk kegunaan jangka panjang.

Bagi limau pula, ia amat bermanfaat tetapi rasanya lebih berasid dan pahit, dan ia juga mempunyai fungsi tambahan melembapkan paru-paru, menghentikan batuk dan mengurangkan kahak. Limau juga hangat dan lembap, penggunaan jangka masa panjang ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan perut dan beberapa gejala haba yang lain.

Secara ringkasnya, menggunakan buah limau dalam kaedah di atas adalah lebih baik dan berkesan untuk mengurangkan kahak dan berhenti batuk, tetapi ia tidak sesuai untuk kegunaan jangka panjang.

Sumber : Ruziani Radzi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×