Dapur

Cara Pilih Buah Avocado Dengan Betul Untuk Anak, Barulah Isi Lembut!

73
SHARES

Buah avokado merupakan antara jenis buah yang bagus dimakan oleh anak-anak kecil. Mempunyai khasiat yang tinggi dan sangat bagus untuk sistem penghadaman si manja, sebenarnya masih ramai dalam kalangan mak ayah yang masih tak pandai pilih buah avokado yang masak dan mempunyai isi yang lembut.

Jadi, ini merupakan cara yang betul untuk mak ayah pilih buah avokado di pasaran supaya dapat dihidangkan kepada si manja dengan mempunyai isi yang lembut dan berlemak!

Baca juga: Cara Basuh Baju Putih Tak Payah Sental, Putih Berseri Macam Baru!

CARA PILIH BUAH AVOKADO UNTUK ANAK

Saya tak pernah pun ambil tahu pasal buah avokado sebelum ada anak. Lepas ada anak, dan mula cari pemakanan yang lebih sihat, baru terasa nak cuba pelbagai jenis buah untuk anak rasa.

-Serat.

-Vitamin C.

-Magnesium.

-Folate.

-Vitamin K.

Semua kandungan vitamin dan mineral ni ada dalam avokado. Sesuai untuk kita jadikan sebagai salah satu buah pilihan untuk anak. Tak perlu makan selalu pun. Jarang-jarang sekali pun takpe, supaya anak kenal rupa dan rasa avokado.

Nak pilih avokado pun kena ikut warna tau. Tidaklah bila kita dah buka tu, tengok buah tak masak lagi. Sayang sangat kan. Warna avokado dari hijau hingga coklat, ikut tahap ranum sebiji buah tu. Nak bagi anak makan harini, pilih yang warna coklat. Nak makan esok lusa, pilih yang coklat kehijauan. Nak makan lagi 3-4 hari, pilih yang hijau kecoklatan. Nak makan lagi 1 minggu, ambil yang seluruh kulit warna hijau dan masih keras.

Jom tengok gambar macam mana nak pilih avokado untuk anak. Sama-sama kita cuba ya, perbanyakkan makanan segar dari jenis buah yang pelbagai untuk anak-anak.

1.Warna hijau seluruh permukaan buah. Keras lagi masa ni. Seminggu lagi baru boleh makan.

2.Dah ada sedikit warna coklat, tapi masih nampak warna hijau. Lagi 3 – 4 hari macam tu dah boleh makan.

3.Nampak warna coklat lebih berbanding hijau. Sehari dua lagi dah boleh makan kalau warna macam ni.

4.Yang ini semua coklat, licin sikit permukaan dan lembut je. Hari yang sama terus boleh makan.

Dah tahu kan macam mana nak pilih buah avokado untuk anak? Taklah asyik beli yang keras sahaja kan nanti!

Sumber: Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×