Famili

Cara Basuh Baju Putih Tak Payah Sental, Putih Berseri Macam Baru!

225
SHARES

Ibu-ibu mesti pening kepala bila tengok baju sekolah anak-anak yang semakin kusam. Terutamanya bagi anak yang lasak, kekotoran adalah sesuatu yang sukar dielakkan. Kalau terkena pada baju sekolah yang putih pula, boleh fobia dibuatnya! Tambah pula ada yang sudah masuk ke sekolah dan ada juga yang bakal masuk ke sekolah kelak, mestilah nak putih berseri!

Rupanya, tak perlu bersusah-payah pun. Tak perlu sental, tak perlu pakai sabun yang mahal-mahal. Nak tahu macam mana? Mari kita ikuti perkongsian beliau selanjutnya di bawah.

Cara Berkesan Basuh Baju Putih Tanpa Perlu Menyental

Sebelum apa-apa, mari kita tengok bahan-bahan yang diperlukan dulu.

Bahan-bahan

  • Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun Cap Kapak / Buruh (ada di Mydin)
  • Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
  • Air
  • Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)

Ini rupa sabun-sabun yang dimaksudkan di atas. Pilihlah salah satu yang senang jumpa. Caranya sama saja.

Sabun A1

Sabun Cap Kapak

Sabun Cap Buruh

Cara-cara

Ini pula langkah mencucinya.

1. Masukkan baju sekolah ke dalam mesin basuh.

2. Bubuh sabun basuh biasa.

3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).

4. Bubuh air.

5. Guntingkan suku sabun A1 ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).

6. Tenyehkan sabun A1 di leher baju kemeja, hujung lengan, poket atau kesan kotoran yang lain. Kemudian, masukkan semula ke dalam mesin.

7. Tutupkan mesin basuh dan biarkan cucian diteruskan seperti biasa.

8. Pergilah keluar berjimba dengan anak-anak dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.

9. Balik rumah dah siap.

10. Sidailah baju putih tersebut sambil ‘kembang hidung’ melihatkan kebersihannya.

Beginilah hasilnya. Tak perlu sental pun. Senangnya!

NOTA: Tips yang dikongsikan ini sangat berkesan pada baju sekolah jenis kain cotton.

Wah, rupanya ada ‘sabun rahsia’ yang digunakan untuk menjadikan basuhan lebih bersinar. Macam tak percaya, tapi belum cuba belum tahu, kan? Bagi yang dah cuba, jom kongsikan pengalaman anda di ruangan komen. Semoga dapat membantu ibu-ibu yang lain.

Terima kasih dan silakan share ya!

Sumber: Zakiah Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×