Resepi popia big mac kini viral di media sosial dan rata-rata peniaga turut mengambil kesempatan untuk menjualnya. Namun, sesetengah peniaga terpaksa menjual dengan harga agak mahal kerana kos bahan tersebut tinggi.
Jadi, sekiranya anda mencari resepi popia big mac kerana ingin membuat sendiri di rumah, jom cuba resepi di bawah ini. Sekali gigit, nak lagi!
Baca juga: Resepi Ayam Masak Kuzi Pekat Likat, Makan Dengan Nasi Minyak Bertambah Sedap!
RESEPI POPIA BIG MAC TERLAJAK SEDAP, BUAT SENDIRI JIMAT
Bahan-bahan popia big mac:
- Bawang merah
- Bawang putih
- Daging kisar
- Garam
- Lada hitam
Cara-cara penyediaan popia big mac:
– Tumis bawang merah dan putih sehingga naik bau.
– Kemudian, masukkan daging kisar, garam secukupnya dan lada hitam.
– Biarkan sehingga masak dan ketepikan.
Bahan-bahan sos:
- Sos keju
- Sos cili
- Mayonis
- Sos tomato
- Bawang holland
- Pickles/jeruk
– Hiris bawang dan jeruk.
– Campur semua bahan dan gaul sehingga sebati.
– Ambil kulit popia, letakkan inti daging, sedikit keju dan sos.
– Gulung dan goreng popia big mac sehingga keperangan atau masak sepenuhnya.
Popia big mac sedia untuk dihidangkan bersama sos tadi. Rangup dan berlemak memang sedap tak terkata!
Resepi ini juga boleh digunakan untuk jualan atau bekukan di tempat sejuk. Bila nak makan, tinggal goreng sahaja.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Cara Buat Cekodok Pisang Rangup Tapi Tetap Lembut, Bahan Penting Ini Kena Letak
Sumber: Fatenayuni & Facebook