Euforia Bola 2026
40 Minggu

Mata Merah Teruk Macam ‘Sasuke’ Selepas Bersalin, Ibu Ini Cerita Kesilapannya Semasa Meneran!

mata merah

Bayangkan selepas bersalin, tiba-tiba bahagian putih mata bertukar merah sehingga membuatkan orang sekeliling terkejut melihatnya. Situasi mata merah seperti ini mungkin nampak menakutkan, namun ia sebenarnya pernah dialami oleh segelintir ibu dan ada sebab tertentu di sebaliknya.

Baca juga: Jangan Ambil Jalan Singkat, JPN Kongsi Prosedur Sah Jika Hamil Luar Nikah & Kalau Tak Mampu Nak Jaga

MATA MERAH SELEPAS LALUI PROSES BERSALIN

mata merah

Gambar Instagram Olivia Passya bersama suami dan anak yang baru dilahirkannya.

Baru-baru ini, seorang ibu dikenali sebagai Olivia Passya berkongsi pengalaman peribadinya selepas selamat melahirkan cahaya mata pada 12 April lalu. Perkongsian tersebut menarik perhatian ramai apabila dia memuat naik video menunjukkan keadaan matanya yang kelihatan merah walaupun sudah beberapa hari melalui proses kelahiran.

Rakaman yang dibuat pada 16 April, iaitu empat hari selepas bersalin, memperlihatkan perubahan ketara pada bahagian putih matanya. Keadaan itu sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan pengikutnya yang tertanya-tanya sama ada ia normal atau petanda masalah kesihatan.

Baca juga: “Masuk Bilik Air Tengok Dah Terbaring!”- Lelaki Terkejut Dapat Anak ‘Ajaib’, Isteri Tak Sedar Hamil Hinggalah Masa Bersalin!

Punca mata jadi merah semasa proses meneran

Menurut Olivia, keadaan itu berlaku kerana dia secara refleks memejamkan mata ketika meneran semasa proses kelahiran. Tindakan tersebut berlaku secara spontan disebabkan kesakitan kontraksi yang dialami ketika bersalin.

Hakikatnya, teknik yang betul ketika meneran adalah dengan membuka mata.

Walaupun kelihatan membimbangkan, dia memaklumkan tidak mengalami sebarang kesakitan pada bahagian mata. Malah, tiada rasa pedih atau tidak selesa dirasai selain perubahan warna merah pada bahagian putih mata tersebut.

Tahap penglihatannya juga tidak terjejas dan dia masih mampu menjalani aktiviti harian seperti biasa. Dia juga dilaporkan sudah boleh bergerak aktif termasuk naik tangga seawal hari kedua selepas bersalin.

Baca juga: Ramai Cakap Bersalin Anak Kedua Lebih Mudah & Cepat…Betul Ke? Ini Fakta Menarik Ramai Tak Tahu!

mata merah

Apa kata pakar?

Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Dr Affendy Gunawan pernah menjelaskan bahawa keadaan ini dikenali sebagai Subconjunctival Hemorrhage atau pendarahan subkonjungtiva. Ia berlaku apabila pembuluh darah halus pada permukaan mata pecah akibat tekanan tinggi semasa proses meneran dalam kelahiran normal.

Dalam proses bersalin, terdapat empat fasa utama yang dilalui oleh seorang ibu. Fasa tersebut bermula dengan kontraksi dan pembukaan serviks, diikuti kelahiran bayi, pengeluaran uri serta fasa pemulihan.

Pada fasa kedua iaitu ketika bayi dilahirkan, kesakitan kontraksi biasanya berada pada tahap paling kuat. Dalam keadaan itu, ada ibu yang sukar mengawal teknik pernafasan dan cara meneran dengan betul.

Kesilapan seperti meneran tanpa fokus ke bahagian perut atau memejamkan mata boleh menyebabkan tekanan mendadak pada kepala dan mata. Disebabkan pembuluh darah di mata sangat nipis, ia mudah pecah apabila menerima tekanan tinggi secara tiba-tiba.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak perlu terlalu dirisaukan kerana ia biasanya akan pulih dengan sendirinya. Malah, keadaan tersebut dilaporkan hanya berlaku kepada sekitar 10 peratus ibu yang melahirkan secara normal.

Perkongsian terbaharu ibu berkenaan juga menunjukkan keadaan matanya semakin pulih apabila warna merah mula berkurangan dan bahagian putih mata kembali kelihatan seperti biasa.

 

Lihat siaran ini di Instagram

 

Siaran dikongsi oleh OLIVIA PASSYA (@oliviapassya)

Sumber:  Instagram Olivia Passya (1), (2) / Dr Affendy Gunawan

FT Image: Olivia Passya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×