40 Minggu

Teknik Pembedahan Janin Terbuka, Wanita Ini Bakal Lahirkan Anak Yang Sama Buat Kali Kedua

60
SHARES

Mengalu-alukan kehadiran anak ke dunia sentiasa menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Sebagaimana yang dilaporkan berita Mirror UK, semalam, seorang wanita melalui proses kehamilan yang mengagumkan, di mana bakal melahirkan semula anaknya kali kedua setelah dimasukkan semula ke dalam kandungannya. Ini pasti akan menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan!

Baca juga: Abang Sulung Temui Dua Adik Usia 4 & 6 Tahun Mati Lemas

TEKNIK PEMBEDAHAN JANIN TERBUKA, WANITA INI BAKAL LAHIRKAN ANAK YANG SAMA BUAT KALI KEDUA

Seorang vlogger fesyen, kecantikan dan gaya hidup Jaiden Ashlea, mengetahui anak lelakinya menghidap spina bifida sewaktu dalam kandungan yang berusia 19 minggu. Pada mulanya, dia dan tunangnya diberitahu bahawa ‘tiada harapan’ dan bayi mereka akan mati otak.

Bagaimanapun, selepas mendapatkan nasihat daripada doktor lain, pasangan itu menemui pasukan perubatan berpangkalan di Orlando yang pakar dalam pembedahan janin terbuka, iaitu membedah bayi sebelum tiba waktu sepatutnya dijadualkan kelahiran.

Para doktor yang terlibat, membawa keluar bayi Jaiden untuk membaiki kecacatan tiub saraf di belakangnya, sebelum memasukkan bayi itu semula ke dalam rahimnya untuk selama sebelas minggu lagi.

Jaiden, dari Florida, kini pulih di hospital dan bersyukur kerana pembedahan itu berjaya. Sejak itu, dia telah berkongsikan pengalaman luar biasanya kepada 16.1K pengikutnya di TikTok.

Bakal ibu berusia 23 tahun itu berkongsi rakaman dirinya di atas katil hospital dengan ayat, ‘saya melahirkan anak untuk dimasukkan semula dan 11 minggu kemudian dia bakal dilahirkan semula’. Video tersebut telah membuatkan orang ramai berasa kagum dan melontarkan seribu soalan.

Video susulan pula Jaiden berkata,

“Mereka pada dasarnya membedah saya melalui C-section, membaiki kecacatan di belakang anak saya dengan sebaik mungkin. Kemudian, menutup perut saya kembali untuk menyambung hamil semula.

“Ia adalah perkara biasa untuk kontraksi berlaku dan kelahiran pramatang sentiasa beri impak besar dalam pembedahan.

“Tetapi mereka pantau saya dengan teliti, jadi dua minggu akan datang saya akan berada di Orlando selepas berada di hospital selama seminggu.”

Dia turut mendedahkan, doktor telah mengisi larutan saline untuk bayinya bertahan setelah dimasukkan semula dalam kandungan. Jelasnya, kepada seorang pengikut yang bertanya bagaimana bayinya dapat bertahan selepas pembedahan, tanpa air ketuban.

Terdapat juga pengikut Jaiden, meninggalkan komen berasa kagum dengan kehebatan sains perubatan moden kini, “Lihatlah betapa hebatnya dunia yang kita tinggal!”

Seorang lagi menulis, “Sungguh menakjubkan apa yang boleh dilakukan oleh manusia. Semoga Jadyen sihat sepanjang tempoh kehamilan.”

APAKAH ITU SPINA BIFIDA?

Sekadar info, melalui laman sesawang MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia, spina bifida adalah salah satu kecacatan sejak lahir dikenali sebagai kecacatan di tiub neural.

Sebahagian atau keseluruhan tulang belakang tidak bercantum dengan sempurna dan menyebabkan saraf tunjang terdedah. Keadaan ini terjadi di awal kandungan, seawal bulan pertama kandungan.

Sumber: Mirror UK / Tiktok Jayden Ashlea

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×