Kini Trending

Abang Sulung Temui Dua Adik Usia 4 & 6 Tahun Mati Lemas

133
SHARES

Dua beradik lelaki berusia empat dan enam tahun ditemui lemas dalam parit tidak jauh dari rumah mereka di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis dekat sini petang Selasa, lapor Kosmo Online.

Baca juga: Abang Viva Muncul Lagi Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kuala Johol

ABANG SULUNG TEMUI DUA ADIK USIA 4 & 6 TAHUN MATI LEMAS

Gambar: Mayat dua beradik yang ditemui lemas dalam parit di Batu 12, Jalan Segari, Pantai Remis, Beruas petang semalam. Kosmo Online / Ihsan Pembaca

Ketika kejadian berlaku, ibu mangsa sedang memasak di rumah sebelum meminta anak sulungnya mencari lagi dua beradik tersebut setengah jam kemudian setelah mereka keluar bermain berdekatan rumah pada pukul 5 petang.

Kemudian difahamkan, anak sulung yang berusia 10 tahun itu menemui kedua-dua mangsa lantas memberitahu ibunya yang kemudian meminta bantuan orang ramai.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, polis menerima maklumat kejadian itu pada pukul 7 malam sebelum bergegas ke tempat kejadian.

“Semasa polis tiba mayat dua kanak-kanak itu telah dibawa ke rumah oleh petugas Klinik Kesihatan Pantai Remis.

“Pemeriksaan mereka mengesahkan kematian dua kanak-kanak itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Nor Omar memaklumkan, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.

Siasatan setakat ini mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, jelas beliau.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×