Kini Trending

Abang Viva Muncul Lagi Beri Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di Kuala Johol

36
SHARES

Sukarelawan yang terkenal dengan jolokan ‘Abang Viva’ atau Azwan Omar dilaporkan sudah sampai ke Kuala Johol, kira-kira pukul 10.30 malam tadi bagi memulakan usahanya membantu mangsa banjir di daerah berkenaan, lapor Kosmo Online.

Baca juga: Bayi Perempuan Kritikal Akibat Termakan Racun Di Rumah Nenek

ABANG VIVA MUNCUL LAGI BERI BANTUAN KEPADA MANGSA BANJIR DI KUALA JOHOL

Gambar: KosmoOnline / IhsanPembaca

Seorang penduduk, Shaik Ali Mohamed Haleem, 25, berkata dia tidak menyangka ‘Abang Viva’ datang membantu penduduk yang terjejas banjir hanya dengan sekali ajakan dari penduduk bernama Nor Hisham.

Dia berasa sangat berbesar hati dengan bantuan yang dihulurkan oleh sukarelawan itu yang sememangnya terkenal dengan sikap membantu mangsa banjir.

Menurutnya, pacuan empat rodanya tidak dapat mengharungi arus deras banjir untuk ke Kuala Johol dan dia juga tidak mengetahui bagaimana ‘Abang Viva’ boleh masuk ke kawasan berkenaan.

“Alhamdulilah, syukur terima kasih. Tahu-tahu sahaja sudah sampai bagi membantu kami. Ikutkan kebiasaannya, banjir hanya berlaku di Kuala Johol, namun kali ini banjir turut berlaku di kawasan Inas.

“Air makin naik, terima kasih pasukan penyelamat, penduduk dan Abang Viva yang masih lagi membantu mengeluarkan mangsa hingga ke saat ini,” katanya hari ini.

Tinjauan Kosmo Online di lokasi, mendapati kawasan Kuala Johol tidak boleh dilalui berikutan air naik begitu deras ke jalan utama.

Sekadar info, terdahulu Abang Viva menjadi perbualan hangat di laman sosial, setelah niat sucinya membantu mangsa banjir yang hanya berbekalkan RM50 membawa sebuah bot di atas bumbung kereta Viva telah menyentuh hati dan memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.

Sumber: Kosmo Online /

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×