Kini Trending

Bayi Perempuan Kritikal Akibat Termakan Racun Di Rumah Nenek

88
SHARES

Anak-anak kecil sememangnya memerlukan pemantauan yang teliti oleh ibu bapa, dek kerana mereka ini tidak mengetahui apa-apa. Sama ada setiap tindakan mereka itu akan membawa kebaikan atau kemudaratan.

Walaupun sebagai ibu bapa, kita sudah sedaya upaya memberi perhatian yang tinggi, tetapi malang itu tidak berbau. Begitulah kejadian seperti yang dilaporkan oleh Kosmo Online hari ini.

Baca juga: Lafaz Taklik Dibelakang Sijil Nikah, Tersembunyi ‘Kunci Keluar’ Buat Perkahwinan Menyeksakan!

BAYI PEREMPUAN KRITIKAL AKIBAT TERMAKAN RACUN DI RUMAH NENEK

Gambar: Kosmo Online

Seorang bayi perempuan berusia setahun dilaporkan kritikal selepas dipercayai termakan racun ketika pulang beraya di rumah neneknya di Taman PKNK di sini semalam.

Memetik berita Kosmo Online, bayi tersebut, Ku Nur Khayla Ku Muhammad Shukri kini dirawat dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini.

Menurut ibu mangsa, Nur Hidayah Azman, 28, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari ketika dia sedang sibuk mengemas perkakasan rumah ibunya yang akan berpindah sebelum ternampak satu bekas berisi serbuk putih tanpa label tumpah di lantai.

“Saya kemudian mengambil penyapu untuk menyapu tumpahan tersebut sebelum nampak anak saya dalam keadaan gelisah dan tidak selesa seperti ingin memuntahkan sesuatu dari mulutnya,” katanya di sini hari ini, lapor Kosmo Online.

Katanya lagi, melihat keadaan anaknya itu, suaminya, Ku Muhammad Shukri Ku Bide, 31, mengesyaki Ku Nur Khayla keracunan akibat termakan serbuk putih tersebut lantas mengambil anak mereka untuk mencuci mulutnya.

“Bagaimanapun ketika sedang mencuci mulutnya, saya dapati tubuh anak saya semakin lemah dan terus bawanya ke klinik berdekatan, namun pihak klinik meminta kami bawa dia ke hospital,” ujarnya.

Sumber: Kosmo Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×