Inspirasi

Kisah ‘Unsung Hero’ Abang Viva RM50 Jadi Inspirasi Buat Rakyat Malaysia

692
SHARES

Nampaknya selepas berlaku banjir besar di beberapa buah negeri dalam negara, kita dapat melihat betapa bersatu padunya rakyat Malaysia dalam menolong antara satu sama lain. Salah seorangnya adalah Azwan Omar, yang ditularkan di media sosial dengan gelaran ‘Abang Viva’.

Beliau difahamkan bergerak solo dari Melaka, dengan menaiki Viva dan membawa bot untuk misi membantu mangsa banjir di Shah Alam. Apa yang menjadi inspirasi orang ramai lagi adalah beliau hanya berbekalkan RM50 sahaja!

Baca juga: Wartawan Pilu & Sebak Jumpa Beg Budak Berisi Mainan Bawah Timbunan Kayu Di Pahang

KISAH ‘UNSUNG HERO’ ABANG VIVA

1. Nama sebenarnya, Azwan Omar. Travel dari Melaka ke Shah Alam sambil bawa sebuah bot atas bumbung kereta Viva.

2. Bekerja sebagai operator mesin, dia memohon cuti kecemasan daripada majikannya utk selamatkan mangsa banjir di Shah Alam

3. Masa tu, dia hanya berbekalkan duit RM50 je. RM20 untuk minyak bot, manakala RM30 lagi pula untuk alas perut.

4. Sejak 5 hari lepas, Abang Viva hanya alas perut dgn makan roti & air, selain tidur dalam botnya saja. Tapi dia terus kental bantu selamatkan mangsa-mangsa banjir.

5. Antara mangsa banjir yang dia selamatkan adalah pasangan warga emas termasuk suami yang lumpuh. Dan juga seorang ibu dengan bayi yang baru dilahirkan.

6. Lepas cerita dia tersebar ramai nak derma kepadanya. Tapi dia agak keberatan & derma balik wang tu kepada NGO-NGO lain.

7. Abang Viva berkata,

“Saya datang nak tolong dengan ikhlas tak harap apa-apa pun. Saya pun tak minta untuk jadi viral, orang masuk dalam internet apa semua. Maka sumbangan yang diterima itu saya salurkan semula kepada mangsa-mangsa banjir”

Bukan sahaja di Shah Alam, malah Abang Viva juga telah merentas ke negeri Pahang bagi membantu mangsa banjir di sana pula. Hebat betul kisah Abang Viva ini. Dia tiada pangkat, harta mewah ataupun gelaran. Tetapi jiwanya amat luar biasa, kaya dengan sikap prihatin & kemanusiaan.

Tempias viral ni pun kira mcm ‘rezeki terpijak’ je sebenarnya. Diharapkan ada pihak-pihak tertentu yang akan memberi ganjaran yang setimpal dengan perjuangan abang ini.

Sumber: Twitter @am_juney

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×