Rakyat

Wartawan Pilu & Sebak Terjumpa Beg Budak Berisi Mainan Bawah Timbunan Kayu Di Pahang

1K
SHARES

Bencana banjir yang melanda Pahang menyebabkan sebuah inap desa di Bentong mengalami kerosakkan teruk serta kehilangan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun dan sepasang suami isteri.

Setakat ini, hanya 2 jasad ditemui iaitu seorang wanita dan kanak-kanak lelaki. Jadi, operasi mencari dan menyelamat diteruskan untuk mencari mangsa yang hilang.

Baca juga: Tiga Termasuk Seorang Kanak-Kanak Hilang Dibawa Arus Banjir

WARTAWAN PILU & SEBAK TERJUMPA BEG BUDAK BERISI MAINAN

Operasi itu turut disertai wartawan TV3, Juliana Sharin di lokasi kejadian. Dua jasad yang dihanyutkan sebelum inu kira-kira sejauh 200m dan 800m dari tempat tidur berkenaan. Kedua-dua mayat ditemui bawah timbunan kayu ekoran banjir.

Lebih memilukan, ketika melakukan proses pembersihan sisa kayu di tepi lebuh raya, mereka dikejutkan dengan penemuan beg kanak-kanak yang mengandungi anak patung dan beberapa mainan lain.

Jelaskan kelihatan wartawan menahan sebak dan air mata selepas melihat beberapa barangan lain yang sudah tentunya milik seorang budak tetapi belum disahkan milik jasad budak lelaki yang dijumpai pagi semalam atau bukan. Pilu…

VIDEO PENUH:

Sumber: Youtube Buletin TV3

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×