Rakyat

Tiga Termasuk Seorang Kanak-Kanak Hilang Dibawa Arus Banjir

483
SHARES

Bencana banjir yang melanda beberapa buah tempat menyebabkan orang ramai hilang tempat perlindungan. Terbaharu, tiga termasuk seorang kanak-kanak lelaki hilang dipercayai dibawa arus, dalam kejadian banjir lumpur di sebuah chalet di Bentong, kata Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani.

Baca juga: Amaran Bahaya, Ini 17 Pusat Pemindahan Sementara Banjir Dibuka Sekitar Selangor

TIGA TERMASUK SEORANG KANAK-KANAK HILANG DIBAWA ARUS

Menurut laporan BH Online, Ismail Abdul Ghani berkata, mereka sebahagian daripada 35 individu yang berada di chalet berkenaan dan terperangkap akibat banjir lumpur pada 11.40 malam tadi.

“Mereka (yang hilang) warganegara tempatan dengan dua lagi, masing-masing seorang dewasa lelaki dan wanita. Setakat ini, identiti mereka masih belum dikenal pasti,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Jelas beliau lagi, mangsa yang selamat termasuk lapan kanak-kanak ditemukan dalam keadaan kesejukan kerana berada di luar chalet kerana tidak berani berada dalam chalet yang dibimbangi tidak selamat.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan sebaik sahaja dimaklumkan kejadian dan pasukan penyelamat berjaya menjumpai mangsa yang terselamat pada 4.09 pagi sebelum operasi membawa keluar tamat pada 8.30 pagi semalam.

Malangnya, selepas kiraan mangsa dibuat, tiga mangsa tidak ditemui. Operasi mencari mangsa hilang membabitkan 22 pegawai dan anggota bomba serta tiga anjing pengesan, ditangguhkan pada 6.30 petang tadi ekoran cuaca gelap dan akan bersambung hari ini. Difahamkan mangsa yang hilang itu termasuk pasangan suami isteri yang merupakan pengusaha chalet berkenaan.

Sumber: BH Online

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×