Rakyat

Amaran Bahaya, Ini 17 Pusat Pemindahan Sementara Banjir Dibuka Sekitar Selangor

145
SHARES

Berikutan bencana banjir yang makin merisaukan melanda khususnya di negeri Lembah Klang, sebanyak 17 pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dibuka berikutan hujan lebat tanpa henti sejak semalam.

Baca juga: Doa Agar Hujan Berhenti & Mohon Dihindarkan Banjir

17 PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA BANJIR SEKITAR SELANGOR DIBUKA

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari menerusi ciapannya di Twitter berkata pada masa sama, sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir.

Perpindahan mangsa banjir melibatkan PPS Masjid Al-Islah/Masjid Al-Ubudiyah; Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong; SK Johan Setia; Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sg Pinang; Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah; SRA Pulau Indah; Balai MPKK Perigi Nanas; Balai MPKK Bukit Naga, SK Sg Bijai dan Sekolah Rendah Agama (SRA) Padang Jawa, Klang.

Selain itu, turut dibuka ialah PPS SK Jalan Kebun; Balairaya MPKK Kampung Lombong; SRA Sg Serdang; Dewan Orang Ramai Tok Muda; SRA Pekan Kapar; SRA Sungai Delek dan Dewan MPKK Sungai Delek.

Terdahulu, Pengarah Bomba negeri Norazam Khamis memaklumkan lebih 1,000 mangsa banjir di negeri tersebut dipindahkan ke PPS berdekatan.

Berikutan hujan lebat tanpa henti sejak semalam, sebanyak 17 buah Pusat Pemindahan Sementara telah dibuka. Pada masa sama, sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan-bantuan kepada mangsa banjir

Bukan itu sahaja, Pustaka Raja Tun Uda, Shah Alam juga mengambil inisiatif untuk membantu orang ramai dan membuka Pustaka Raja Tun Uda sebagai tempat perteduhan @rajatunudalibrary dan kafe perpustakaan juga masih beroperasi.

AMARAN HUJAN LEBAT

Berikut merupakan antara laporan terbaharu dari Jabatan Metereologi Malaysia tentang amaran hujan berterusan dan berada pada tahap bahaya. Negeri yang terlibat dalam amaran ini dinasihatkan untuk sentiasa berwaspada dan berada dalam keadaan yang selamat.

Sumber: Twitter Datuk Seri Amirudin Shaari, Jabatan Meteorologi Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×