Sihat

Normal Ke Puting Payudara Selalu Tenggelam & Jadi Rata? Macam Mana Nak Menyusu Anak?

puting payudara

Ada suatu ketika apabila kita tengah membelek-belek bahagian badan termasuk payudara di hadapan cermin, kita terpandang bentuk puting payudara yang kelihatan masuk ke dalam dan rata. Adakah ini normal bagi seorang wanita?

Sudah pasti ramai yang tertanya-tanya adakah keadaan ini boleh menandakan bahawa tahap kesihatan seseorang wanita itu sedang menurun? Adakah ini tanda kanser payudara?

Baca juga: Tak Sangka Daun Sireh Boleh Rawat Anak Masalah Gagap, Guna Petua Ini InsyaAllah Menjadi!

BENTUK PUTING PAYUDARA MASUK KE DALAM DAN RATA, NORMAL KE?

puting payudara

Keadaan puting payudara rata dan terbalik (inverted nipples), menghala ke dalam dan bukannya menonjol kebiasanya tidak berbahaya. Tetapi, ramai dalam kalangan wanita yang mengalami puting terbalik atau tenggelam ini mengatakan sukar untuk menyusu badan.

Kebanyakan orang yang mempunyai puting rata atau terbalik mempunyai keadaan yang begitu semasa mereka lahir lagi. Tetapi jika anda mempunyai puting yang terbalik secara tiba-tiba, ia mungkin menunjukkan keadaan kesihatan yang semakin mendatar!

Puting anda mungkin:

1.Menonjol- Puting anda terkeluar dari tisu payudara di sekeliling anda.

2.Rata- Puting anda mendatar rata dan sekata dengan tisu payudara di sekeliling anda.

3.Terbalik- Puting anda tertarik masuk ke dalam, terselit di dalam tisu payudara di sekeliling anda.

Oleh kerana ramai yang tertanya-tanya mengapakah keadaan ini berlaku, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada kejadian puting payudara anda masuk ke dalam ini. Antaranya adalah:

1.Perkembangan janin

Puting anda berkembang semasa anda masih dalam kandungan. Ia mungkin kelihatan rata atau terbalik kerana pangkal puting anda kecil atau kerana saluran susu anda tidak terbentuk sepenuhnya semasa perkembangan janin.

2.Kecederaan payudara

Parut akibat pembedahan payudara atau penyusuan (penyusuan dada) boleh mengubah tisu puting anda.

3.Jangkitan

Bakteria boleh menyerang puting anda dan menyebabkan abses atau ektasia saluran susu (apabila saluran susu tersumbat). Keadaan ini boleh mengakibatkan puting rata atau terbalik.

4.Kehamilan

Puting anda mungkin kempis apabila payudara anda dipenuhi susu semasa mengandung.

5.Kanser payudara

Apabila tumor payudara menyerang saluran susu, ia boleh menyebabkan puting anda menjadi rata atau terbalik.

Bolehkah anda menyusu badan dengan puting rata atau terbalik?

puting payudara

Menurut Cleveland Clinic, YA, adalah mustahil untuk menyusu dengan puting rata atau terbalik. Oleh itu, pakar kesihatan anda akan mengesyorkan cara untuk memalingkan puting anda ke luar supaya bayi anda boleh melekap dan teruskan proses penyusuan dengan sempurna.

*Bila baca penjelasan di atas, baru perasan bahawa sebelum ini ada juga masanya keadaan puting payudara masuk ke dalam…

Baca juga: Tengok Luaran Je Dah Boleh Tahu Lelaki Ini ‘SUBUR’, Para Wanita Take Note Ya!

Sumber: Cleveland Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×