Sihat

Tengok Luaran Je Dah Boleh Tahu Lelaki Ini ‘SUBUR’, Para Wanita Take Note Ya!

27
SHARES
waktu lelaki subur

Bila bercakap tentang kesuburan, selalunya hanya golongan wanita sahaja yang dipersoalkan. Penting untuk anda ubah persepsi ini kerana bukan wanita sahaja perlu dipersoalkan kesuburannya malah kaum lelaki juga. Hal ini kerana, terdapat beberapa tanda yang menunjukkan waktu subur lelaki yang penting untuk membuahkan hasil kehamilan.

Jadi, untuk wanita yang sedang memilih bakal suami dan ingin tahu sama ada mereka subur atau tidak, perhatikan 5 tanda ini dari segi luaran sahaja!

Baca juga: Petua Paling Mujarab Tegangkan Payudara Guna Halia Dan Susu, ‘Aset’ Kembali Mantap!

5 TANDA WAKTU SUBUR LELAKI, BOLEH ‘BERTAHAN’ LAMA

waktu lelaki subur

Hari ini saya nak bocorkan rahsia 5 tanda lelaki subur tanpa melihat pada berapa bilangan sperma dan macam mana dia punya kuantiti dan kualiti air.

So, kita boleh dapat detect melalui tanda-tanda daripada luaran sahaja. Ada yang nak belajar tak?

#1 Tengok pada perut

Kalau lelaki punya ukur lilit pinggang bawah 40 inci, itu menandakan hormon testosterone dia okay. Kalau lebih daripada 40 inci ukur lilit pinggang, itu menandakan hormon estrogen palsu dalam badan dah start banyak.

Jadi, hormon testosterone dia dah menurun. Haa..sebab estrogen palsu ini dia punya sifat adalah memerangkap lemak dekat perut.

#2 Tak ada payudara

Maksudnya payudara lelaki tu flat lah. Tak semestinya dia kena bina badan. Kalau bina badan tu lain cerita lah. Tak ada pengumpulan lemak berlebihan dekat payudara.

#3 Lelaki hormon testosterone bila dia tengah baligh

Merujuk kepada secondary sexual development..hormon testosterone tu dia akan bagi effect dekat ‘bawah’ tu. Dan juga pada muka. So, kalau muka dia terlebih maskulin, jaw dia macam besar. Sebagai contoh, face shape lebih besar atau jaw lebih broader. Itu menandakan hormon testosterone dia digunakan secara berlebihan dekat area muka berbanding dekat ‘bawah’.

#4 Tengok pemilihan pemakanan

Kalau dia suka makan ikan, inshaAllah kualiti tu okay lah. So tengok pada habit dia. Kalau dia suka makan ikan…

Sebab ikan adalah sumber Omega-3 secara semulajadi. Bukan ikan yang bersumber omega-6, contoh macam ikan keli, patin, baung. Itu tak berapa digalakkan lah untuk hormon. Sebab bila omega-6 berlebihan, dia menyebabkan pengumpulan kolesterol / lemak berlebihan dalam pembuluh darah kita.

Dan bila kolesterol banyak ni, dia akan mimik kepada hormon estrogen,Untuk lelaki, memang kita tak nak dia ada hormon estrogen sangat. Sebab estrogen ni, kalau berlebihan, dia akan merendahkan hormon lelaki (testosterone).

P/s: Lebih-lebih kan lah makan ikan lepasni. Ikan fresh ya bukan ikan tin sardin.

#5 Pandai kawal marah

Lelaki yang tak cepat stress. So kita tahu kalau dia cepat stress, maknanya hormon lelaki dia kurang. Sebab kita tahu, ibu kepada penghasilan hormon stress dengan ibu kepada hormon seksual – lokasi dia sama. Terletak atas buah pinggang, kelenjar adrenal.

So kalau stres, hormon cortisol dia akan meningkat dan hormon seksual dia akan drop. Jadi, carilah lelaki yang bukan pemarah.

*Jadi, calon suami anda semua ada tak tanda kesuburan ini?

waktu lelaki subur

Baca juga: 7 Benda Ini Sahaja Yang ‘Approved’ Untuk Dimasukkan Ke Dalam Vagina, Barulah Miss V Sihat!

Sumber: Twitter @DrRaihanaIsmail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×