Sihat

Ini 5 Jenis Pilihan Pil Perancang Yang TERBAIK, Doktor Pun Sarankan Tau!

13
SHARES
jenis pil perancang

Pil perancang adalah antara pilihan kontraseptif yang paling popular. Bukan sahaja membuktikan kesan yang baik, ia juga sangat mudah digunakan hanya dengan makan sahaja. Walaupun terdapat kepelbagaian jenis pil perancang ini sudah tersedia, ia kelihatan agak menakutkan kerana anda mungkin tersalah pilih.

Jika takut tersalah pilih, berikut merupakan antara jenis pilihan pil perancang yang ada boleh dapati di farmasi atau klinik. Selamat merancang!

Baca juga: ‘Tarik Keluar Sebelum Terlepas’, Penting Untuk Tahu Cara Terbaik Buat Family Planning

CARA PILIH JENIS PIL PERANCANG SUPAYA TAK PENING

jenis pil perancang

Oleh itu, untuk pengetahuan anda, pil perancang ini telah diasingkan ke dalam beberapa kategori untuk memudahkan anda memahami pilihan anda. Terdapat dua jenis pil perancang utama:

#1 Pil perancang gabungan: Pil jenis ini mengandungi kedua-dua estrogen dan progestin. Terdapat pelbagai jenis pil kombinasi untuk dipilih, bergantung pada kekerapan anda ingin mengalami haid dan dos hormon yang terbaik untuk anda.

#2 Pil mini: Pil jenis ini hanya mengandungi progestin. Pil mini tidak menawarkan banyak pilihan seperti pil gabungan. Dalam setiap pek pil, semua pil mengandungi jumlah progestin yang sama dan semua pil aktif. Dos progestin dalam pil mini adalah lebih rendah daripada dos progestin dalam mana-mana pil gabungan.

ANTARA PILIHAN PIL PERANCANG

1.Yasmin

-Tak naikkan berat badan
-Mencantikkan wajah
-Kurang kesan sampingan

2.Marvelon

-Kurangkankan kesakitan dan kehilangan darah semasa haid
-Kitaran haid lebih teratur

3.Noriday

-Sesuai untuk ibu menyusukan anak
-Tidak mengurangkan susu ibu

4.Diane

-Stabilkan haid dan hormon
-Berat badan tak naik
-Rawat jerawat

5.Rigevidon

-Dapat mengelakkan untuk hamil dalam masa 72 jam selepas melakukan hubungan
-Tak menggunakan perlindungan seksual pun masih selamat

*Anda mempunyai banyak pilihan dalam cara untuk mengawal kelahiran atau merancang keluarga. Jika anda memilih untuk mengambil pil perancang, bekerjasama dengan doktor atau ahli farmasi  untuk memutuskan jenis pil perancang yang sesuai.

jenis pil perancang

Baca juga: Keluar Lendir Dari Miss V, Ini Tanda Wanita Sedang Ovulasi & Waktu Subur Untuk Hubungan Kelamin!

Sumber: Mayo Clinic,

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×