Periodontitis merupakan satu bentuk penyakit gusi yang serius dan boleh berlaku apabila terdapat keradangan serta jangkitan pada tisu lembut di struktur sokongan gigi.
Penyakit gusi biasanya berpunca daripada penjagaan kebersihan mulut yang kurang baik di mana ia membolehkan plak bakteria terkumpul di sepanjang garis gusi.
Baca juga: Doktor Kongsi Perbezaan Antara Prebiotik Dan Probiotik, Bila Dah Tahu Baru Lebih Faham…
PENYAKIT GUSI BOLEH JADI PUNCA MASALAH JANTUNG
Menerusi laman Facebook milik Public Health Malaysia, penyakit gusi bermula dengan sesuatu yang kecil seperti gejala gusi berdarah setiap kali anda memberus gigi dan kemudiannya mengalami bau mulut yang kuat serta gusi menjadi semakin bengkak.
Namun, jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, siapa sangka penyakit gusi sebenarnya boleh menjadi punca masalah kesihatan yang serius seperti masalah jantung.
Apabila gusi dijangkiti, bakteria dapat:
– Menyebabkan keradangan kronik dalam saluran darah.
– Mencetuskan pembentukan plak dalam arteri, menyumbat saluran darah ke jantung.
– Menyerang injap jantung, mengakibatkan jangkitan dan kerosakan injap jantung yang mengancam nyawa.
Bagi memastikan penyakit gusi dapat dihindari, anda boleh:
- Gosok gigi dengan betul setiap pagi dan malam
- Gunakan floss untuk membersihkan sisa makanan di celah gigi
- Setiap kali hari jadi, buat temu janji dengan doktor gigi
- Jika sudah ada gejala jangkitan gusi dapatkan pemeriksaan segera
Buat anda yang tidak tahu, penyakit gusi ini biasanya tidak sakit dan hanya mengetahuinya jika diberitahu oleh doktor. Sekiranya anda hidap kencing manis, lebih mudah untuk kena penyakit gusi ini.
Jangan abaikan! Setiap kali anda menangguhkan pemeriksaan gigi, ia sebenarnya mengambil risiko untuk kesihatan jantung anda.
Kesihatan mulut adalah lebih daripada sekadar menjaga gigi putih dan senyuman cantik. Ia adalah perisai untuk jantung anda.
Semoga artikel ini dapat memberi pendedahan mengenai penyakit gusi dan bermanfaat buat semua pembaca di luar sana.
Baca juga: Paling Tak Sangka Tindakan No.6 Ini Jadi Punca Tulang Belakang Sakit, Jangan Amalkan Selalu!
Sumber: Facebook Public Health Malaysia