Sekarang ini, sudah ramai yang berminat dengan ilmu pertukangan kayu. Nak pula sewaktu Covid-19 baru-baru lagi melanda dunia, banyak aktiviti dan pergerakan terbatas. Nak dapat barang keperluan amatlah sukar terutamanya jika rumah ada masalah seperti kerosakan atau kebocoran.
Secara tak langsung, mengajar diri untuk belajar ilmu kelangsungan hidup. Walaupun sekarang ini banyak sektor ekonomi dah dibuka semula, apa salahnya jika diteruskan dan menambah ilmu pertukangan tersebut. Mari lihat senarai alatan kerja asas pertukangan kayu yang perlu ada, di bawah ini!
Baca juga: DIY Lantai Pasang Vinyl Guna Sticker RM2 Kedai Eco Stail Herringbone, Cantik!
NAK ADA BENGKEL KECIL DI RUMAH? INI ALATAN PERTUKANGAN KAYU YANG ANDA WAJIB ADA!
Assalamualaikum… Nak bertukang kayu? Ni saya share serba sedikit alatan apa yang korang perlu ada.
JOM BERTUKANG
TAK TAHU TOOLS APA NAK KENA ADA?
Dekat bawah ni. Panjang sikit cerita dekat bawah ni tau. Ini antara basic hand & power tools yang dicadangkan korang perlu ada.
1. HAND SAW
Kegunaan untuk memotong kayu secara manual (wajib ada) tak beli dulu pun boleh, tapi nanti tengah bertukang korang mesti pergi cari juga hehe.
2. JIGSAW
Juga untuk memotong kayu. Cepat sikit la kerja tu. Pemilihan mata untuk pemotongan kayu adalah penting (jangan ingat boleh bedal mata apa-apa saja ya).
3. ANGLE GRINDER (SPEED CONTROL)
Kegunaan menghaluskan permukaan kayu (kertas pasir & sanding pad).
Salah satu option mengantikan sanding machine, kalau ada ni dah jimat tak perlu beli sanding machine. Banyak kegunaannya ni, nanti dah ada korang tahulah.
Tapi tolong jangan guna mata pemotong kayu di grinder!!!!
4. CORDLESS DRILL
Kalau takda pun boleh. Kalau korang nak guna paku & penukul la kat barang korang.
Tapi kalau nak guna screw & memudahkan kerja carilah sebiji. Korang takkan menyesal punya kalau ada.
5. CIRCULAR SAW
Kegunaan untuk potong kayu juga. Lebih kepada potongan tegak & panjang. Boleh buat DIY table saw juga nanti.
PEMILIHAN JENAMA & WARANTI ALATAN
Pemilihan jenama ikut bajet korang. Cari barang yang ada warranty 6 bulan. Kalau ikutkan barang-barang dekat atas tu lebih kurang dalam RM800 dah boleh dapat semuanya.
ALATAN TAMBAHAN JIKA BANYAK MODAL
Bawah ni tambahan kalau ada modal lebih (tak penting sangat kalau belum ada modal, tapi kalau ada modal barang ni perlu ada).
1. TRIMMER
2. COMPOUND MITER SAW
3. MINI COMPRESSOR
4. NAIL GUN
5. SPRAY GUN
ALATAN PERLU ADA JIKA SERIUS NAK WUJUDKAN BENGKEL MINI DI RUMAH
Tools yang dekat bawah lagi ni kalau korang betul-betul serious nak buat mini workshop kecik dekat rumah korang.
1. PORTABLE TABLE SAW
2. PORTABLE THICKNESS PLANNER
Kalau korang nak mintak pendapat tools brand apa nak beli atau nak tanya cara-cara dan kemusykilan tentang cara nak buat product korang, korang comment je dekat bawah ni. Insha Allah nanti kita share sama-sama ya.