Sihat

#ProjekMimpi: Bimbang Isu Kesihatan Mental Makin Teruk, Impian Wanita Ini Ingin Buka Kelas Khas

2
SHARES
kesihatan mental

Ini merupakan antara salah satu isu kesihatan yang menjadi perbualan orang ramai malah di seluruh dunia. Bahkan setiap tahun, akan ada satu hari khas yang dikenali sebagai World Mental Health Day pada tanggal 10 Oktober untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai mengenai kesihatan mental.

Begitulah impian salah seorang finalis Projek Mimpi anjuran Sirap Limau kali ini yang dikenali sebagai Puan Rafidah Shafie, 46 tahun yang merupakan graduan Undang-Undang. Dia begitu cakna mengenai isu kesihatan mental sehingga mempunyai impian untuk mengadakan kelas khas!

Baca juga: Info Lengkap Ciri-Ciri Anda Hadapi Gangguan Mental Pada Peringkat Awal, AWAS!

CAKNA ISU KESIHATAN MENTAL, IMPIAN INGIN BUKA KELAS KHAS

kesihatan mental

Bekerja sebagai seorang Pengurus Sumber Manusia, tercetusnya salah satu Projek Mimpi berkenaan kesihatan mental ini adalah kerana dia merasakan kesedaran kesihatan mental dalam kalangan mahasiswa IPT dan masyarakat masih rendah.

Jadi, Puan Rafidah menzahirkan impian untuk meningkatkan kesedaran kesihatan mental melalui kelas khas, ceramah, klinik kesihatan mental, kempen kesedaran, aktiviti pendakian, yoga dan terapi seni untuk pelajar.

Impian yang ingin dijadikan kenyataan ini diharapkan dapat mencipta budaya keterbukaan dan pemahaman mengenai kesihatan mental sama ada di IPT atau dalam kalangan masyarakat.

Apabila ditanya mengenai pengalaman dalam bidang kesihatan mental ini, Puan Rafidah mengatakan bahawa dia bukanlah seorang pejuang mental illness tapi sangat peka dalam isu ini kerana ia juga masalah negara. Dia turut merasakan bahawa isu ini sering diabaikan oleh masyarakat, lantas menyebabkan kes bunuh diri semakin bertambah.

“Saya sendiri tidak pernah mengikuti atau mengadakan aktiviti bersama pesakit-pesakit mental health tapi ingin bekerjasama dengan mana-mana IPT dan NGO untuk menjayakan impian saya ini,” katanya. 

RAMAI YANG TIDAK TAHU CARA DAPATKAN BANTUAN..

kesihatan mental

Turut menyayat hati adalah, Puan Rafidah sering terbaca dan melihat kisah mengenai pesakit mental melalui surat khabar, televisyen, radio dan media sosial.

Walaupun tidak berlaku kepada diri sendiri, dia sangat bersimpati dan kasihan melihat ramai orang mengalami tekanan dan gangguan mental tapi tidak tahu bagaimana untuk mendapat bantuan disebabkan kurang kesedaran dan pengetahuan serta stigma masyarakat.

Lebih-lebih lagi selepas pandemik Covid-19, lebih banyak kisah yang menyayat hati dibaca olehnya.

Menjadikan Che Puan Sarimah Ibrahim sebagai role-model kerana beliau seringkali berkongsi tentang kesedaran kesihatan mental. Oleh itu, nasihat Puan Rafidah kepada orang luar yang ada masalah serupa, agar tampil berani untuk bersuara dan seterusnya mendapatkan bantuan segera.

*Semoga impian murni ini dapat dilaksanakan dan berjaya!

Baca juga: Asyik Terima Layanan Pilih Kasih, Inilah Ciri ‘Favouritism’ Di Tempat Kerja Ramai Benci

@bnuansa33 #ProjekMimpi #SirapLimau @mysiraplimau ♬ original sound – Nuansa Bening

-Artikel ini adalah hasil temu bual bersama finalis Projek Mimpi anjuran Sirap Limau.-

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×