Asuh

Aduhai, Bila Hantar Pergi Sekolah Mesti Menangis, Bertenang Ibu, Cuba 7 Tips Ini Untuk Tangani

42
SHARES
anak menangis ke sekolah

Keadaan anak menangis ke sekolah, biasanya terjadi kepada kanak-kanak yang baru nak masuk prasekolah atau darjah 1. Tindakan selain menangis, si kecil juga akan cuba untuk tidak berenggang daripada mak ayah. Keadaan ini dinamakan sebagai ‘separation anxiety’.

Macam mana nak mengatasinya, ya? Mari ikuti penjelasan lanjut di bawah, seperti yang dikongsikan oleh saudara Hazhari Ismail pada beberapa tahun yang lalu.

Baca juga: Keliru Nak Hantar Anak Ke Tadika Yang Mana? Bertenang, Cuba Ikut Saranan Pakar Ini

MEMAHAMI ‘SEPARATION ANXIETY’

anak menangis ke sekolah

Anak menangis nak ke sekolah – Memahami ‘separation anxiety’.

Sempena sesi persekolahan yang akan atau sudah bermula, benda yang paling cikgu dan guru kena bersedia ialah anak yang menangis tak henti-henti. Ia akan terjadi jika itu adalah tempat yang baru untuk si kecil, boleh jadi juga tempat yang sama tapi kembali selepas cuti yang panjang (atau sekejap).

Separation anxiety ini adalah satu perasaan bimbang yang dialami oleh anak-anak apabila dipisahkan daripada ibu bapa. Ia membawa kepada tingkah laku lazimnya seperti menangis yang tidak henti. Fasa ini berlaku dek si anak sedang ber-negotiate untuk berdikari.

Perasaan ini sebenarnya dah bermula sejak 6 bulan kerana attachment antara ibu bapa dan anak dah berlaku. Jadi, ia adalah situasi yang normal bagi anak-anak apabila dipisahkan daripada ibu bapa terutamanya, bagi satu tempoh jangka masa yang agak lama.

ANAK MENANGIS KE SEKOLAH

Berbalik kepada situasi persekolahan, ibu bapa perlulah mencari puncanya dulu. Cuba bercakap dengan guru, dan ibu bapa yang lain adakah anak-anak lain mengalami masalah yang sama atau tidak.

Jika di sekolah atau pusat jagaan yang baru, ini berlaku ketika tempoh transisi. Tempoh si kecil untuk membiasakan diri dengan persekitaran yang baru. Tidak kisahlah transisi dari taska ke tadika, atau tadika ke sekolah rendah atau rumah ke tadika.

Boleh jadi ia tempoh yang sekejap atau lama sebab setiap anak lain-lain tahapnya. Banyak sekolah buat sesi orientasi supaya anak membiasakan diri dengan persekitaran – jadi, jangan skip.

Jika si anak kembali ke sekolah dari cuti yang panjang, kita keliru sebab sebelum cuti mereka suka sangat sekolah, cikgu dan kawan-kawan. Tapi, bila dah kembali ke sekolah, ia berlaku sebaliknya. Eh kenapa pula kan?

Jadi, separation anxiety inilah antara punca yang kita perlu tackle sebaiknya. Perasaan excited tapi takut dalam pada masa yang sama.

ANAK MENANGIS KE SEKOLAH: LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL

Apa langkah yang perlu dan boleh diambil? (khusus untuk anak baru masuk tadika atau tahun 1).

anak menangis ke sekolah

1. HANTAR ANAK KE SEKOLAH PADA MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN

Minggu pertama persekolahan itu, hantarlah anak ke sekolah. Sesudah sampai, peluklah dan ciumlah mereka, kemudian tinggalkan mereka segera.

Kalau mereka menangis, abaikan. Jangan teragak-agak, kerana ia akan membuatkan situasi menjadi lebih sukar. Guru pun akan cadangkan untuk ibu bapa balik.

Jangan jenguk atau intai, dengan kata lain, jangan munculkan diri anda depan mereka. Percayalah, selepas anda pulang, tangis mereka akan hilang.

2. MAKLUMKAN ANAK BAHAWA DIRINYA AKAN DITINGGALKAN

Nak menjadikan situasi lebih mudah, beritahu kepada si anak bahawa dia akan ditinggalkan oleh ibu bapa. Usah sesekali menipu kanak-kanak tersebut. Jangan cakap lima sepuluh minit lagi akan datang balik – tapi tak datang-datang.

Mereka akan ingat sampai bila-bila. Bila dah bagitahu anak akan ditinggalkan, jangan lupa untuk bagitahu bila mereka akan dijemput semula. Contohnya, selepas balik kerja etc. Bagitahu tiap hari pun tidak mengapa.

3. HANTAR ANAK KE KELAS ATAU DEPAN PAGAR MENGIKUT FASA

Kalau minggu pertama hantar hingga ke kelas, minggu kedua boleh hantar depan pagar sahaja. Ini hanya bertujuan untuk mengatasi fasa separation anxiety sahaja. Sebab ada sekolah menggalakkan hantar anak hingga ke kelas.

4. UCAPKAN ‘SELAMAT TINGGAL’ KEPADA ANAK

Oh, jangan lupa bila nak berpisah dengan anak, gunakan perkataan tertentu seperti “bye”, assalamualaikum, see you, love you, take care dan sebagainya.

Ia memberi satu perasaan selamat dan yakin untuk kanak-kanak itu ditinggalkan di sekolah bersama penjaga atau guru yang baru.

5. ‘HIDE & SEEK’ DENGAN ANAK

Cuba bermain ‘hide and seek’ dengan mereka. Baik ibu bapa atau guru. Ia adalah aktiviti/latihan perpisahan walaupun sementara. Ini kerana mereka ditinggalkan bersendirian buat seketika dan akan bertemu semula.

6. MINTA ANAK CERITA APA YANG BERLAKU DI SEKOLAH

anak menangis ke sekolah

Selepas pulang dari sekolah, jangan lupa reflek dengan bertanya si kecil tentang bagaimana sekolah hari ini? Buat apa? Kawan siapa? Main apa dan sebagainya.

7. JANGAN TRIGGER ANAK DENGAN SOALAN NEGATIF

Janganlah trigger anak seperti tanya “takut tak nak sekolah?” Elok mereka teruja, terus rasa bimbang.

TINGKAH LAKU ANAK SEPARATION ANXIETY YANG PELBAGAI

Selalunya, tingkah laku yang terhasil dari separation anxiety juga boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Contohnya, si kecil menjadi terlalu pendiam sampai tidak bercakap, kencing dalam seluar walau dah praktis beribu kali cakap nak pergi tandas, menggigil dan berpeluh, no eye contact dan sebagainya.

Hanya satu cara kita boleh mengatasi separation anxiety iaitu bertoleransi dengannya (tolerating separation). Gently but firmly.

Ibu bapa jangan hujum anak-anak dengan membandingkan mereka dengan abang/kakak yang kurang menangis. Atau guru membandingkan dengan anak murid yang lain.

Jangan mengejek dengan panggilan seperti cengeng, manja, mengada-ngada dan sebagainya. Ia langsung tidak membantu untuk meredakan keadaan.

Sumber: Facebook Hazhari Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×