Tentu ramai ibu ada anak yang begini ragamnya, bukan? Bagi kebanyakan wanita yang juga ‘first-time-mother’, perkara ini tentu amat memenatkan sehingga ada yang mengalami kemurungan. Percayalah, hanya anda yang tahu bagaimana kelam-kabutnya keadaan sampai tiada masa untuk diri sendiri! Hal ini kerana si kecil sudah mula mengenal kehadiran ibunya.
Baca juga: Cara Buat Spray Serbaguna Guna 3 Bahan Sahaja, Boleh Halau Semut & Bagi Rumah Wangi!
5 TEKNIK ATASI MASALAH SEPARATION ANXIETY
Memang mencabar emosi betul bila anak kita asyik nak melekat sampaikan tak boleh nak berpisah langsung. Kadang itu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata kejap sahaja tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terkejut dengar suara dia!
Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba sahaja 3C ini berlaku dengan amat dasyat – Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak berdukung atau melekat sahaja kerja). Tapi bila parent muncul balik, eh terus senyap budak itu. Siap tersengih-sengih lagi.
Inilah yang disebut fasa ‘Separation Anxiety’. Benda ini normal sahaja sebenarnya dan selalu berlaku kat anak kita yang dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 2 tahun setengah. Masa itu dia belum berapa faham lagi pasal ‘Object Permanence’ ini. Pada dia, kalau parent itu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya!
Sebab itu mak ayah semua wajib tahu 5 teknik untuk atasi masalah ‘Separation Anxiety’ ini supaya kita semua tak stres nanti bila fasa ini berlaku kat anak kita sendiri.
1. Biasakan bercakap dengan anak kita itu bila kita nak ke mana-mana.
Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ini.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama. Mula-mula si kecil itu tak faham tapi lama-lama, nanti sikit-sikit dia akan mula mengerti ke mana kita nak pergi.
2. Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin.
Bila dia mendekat nak mintak kita dukung, masa itu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia. Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia ingat yang kita tengah main dengan dia.
3. Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak.
Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap. Bila kita praktikkan macam ini, si kecil itu akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia tak kan mungkir janji.
4. Ada anak yang jadi kacau bilau macam ini masa nak tinggalkan kat pengasuh.
Make sure sebelum serahkan anak kita itu, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia. Mana yang lapar berilah makan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.
5. Akhir sekali, kena keraskan hati kita ini sikit kalau si kecil itu nak minta dukung.
Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan. Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap. Tapi bila dah siap sahaja kerja terus kita datang balik entertain anak kita itu.
Lama-lama nanti si kecil itu akan tahu yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.
Tolong kongsikan ilmu ini ye terutamanya dengan kawan-kawan yang baru ada anak. Percayalah, ilmu ini penting sangat untuk mereka.
Sumber: Facebook Ahmad Luqman Bukhari