Deko & Hias

Cara Buat Spray Serbaguna Guna 3 Bahan Sahaja, Boleh Halau Semut & Bagi Rumah Wangi!

36
SHARES

Setiap rumah pasti berdepan dengan masalah serangga yang menganggu dan merosakkan makanan, tanaman dan juga boleh menggigit. Salah satu jenis serangga yang terkenal ialah semut yang tidak kiralah dari jenis apa sekalipun sama ada semut hitam, merah, api besar atau kecil pastinya akan mengganggu ketenteraman penghuni rumah.

Masalah semut ini sering menjadi perkara yang merunsingkan bagi sesetengah orang terutamanya yang menghadapi masalah semut yang kritikal meskipun telah berpuluh kali cuba dihapuskan dengan pelbagai cara.

Baca juga: Tips Jimat Minyak Kereta Untuk Bantu Kurangkan Bajet Ketika Travel, Jimat Poket!

Alang-alang baru lepas buat stok baru, hari ini saya nak update sikit pasal spray semut atau spray serbaguna yang pernah saya share dulu.

Semut

Sebelum ini ada yang pernah komen katanya semut api tak mati. Kat rumah saya tak ada semut api jenis besar, so memang tak boleh nak komen lah. Ada semut api jenis kecil sahaja dan 2-3 jenis semut lain kat rumah saya semuanya mati bila kena spray.

Kebetulan masa saya balik ke rumah mak (sebelum PKP lagi), banyak betul semut api masuk rumah dari pintu dapur. Anak pun asyik kena gigit sahaja. Semut ini bersarang kat pokok rambutan kat laman rumah. Pantang ada makanan tumpah-tumpah sikit, berduyun-duyun masuk rumah.

Ada 2 jenis semut api pula itu, jenis yang sederhana dan 1 lagi saiznya lebih besar (kecil sikit dari kerengga). Semuanya mati sahaja bila kena spray. Untuk elak lebih banyak lagi scout semut ini buat jalan masuk rumah, saya spraykan pada lantai pintu dapur secara konsisten. Alhamdulillah, dah makin kurang semut yang masuk ke rumah.

Kat rumah, biasanya saya buat sukatan yang banyak. Tapi masa kat rumah mak itu, saya buatkan penanda (sukat sesiap) paras cuka dan paras air pada botol spray. Lepas itu, cuma tambah sabun dan kayu manis sahaja. So next time, dah tak perlu dah sukat satu-satu lagi.

1. Hilangkan manis gula

Tiap kali lepas guna kordial, saya suka semburkan spray serbaguna ini pada penutupnya. Kemudian baru basuh macam biasa. Buat macam ini, insyaAllah tak ada semut hurung penutup botol kordial dah.

2. Bersihkan mainan

Biasanya mainan anak yang tak boleh dibasuh (elektronik), saya gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon. Selain bau yang harum, minyak pati dalam kulit lemon ini bertindak hapuskan kuman juga. Gunakan spray ini sahaja, tak ada bahan kimia dan selamat untuk anak-anak.

3. Spray fabrik, langsir, sofa

Lepas memasak, boleh gunakan sahaja spray serbaguna ini kat langsir atau sofa untuk hilangkan bau-bau tak best yang melekat. Kalau ada family member yang tak sihat, bagus juga kalau gunakan spray dengan haruman herba macam cengkih atau bunga lawang atau gabungan kedua-dua.

Aroma dari herba-herba ini ada kesan terapeutik. Tapi jangan pula guna bau kayu manis pada langsir cerah sebab larutan itu berwarna bila dah terendam lama, takut nanti jadi tompok-tompok pula.

4. Spray bahagian dalam kasut

Yang ada masalah kasut berbau akibat kuat berpeluh atau kasut lembap lepas hujan, boleh juga gunakan spray ini dan biarkan kering. Untuk kasut yang berbau kuat, lebih elok lagi gunakan spray serbaguna dengan haruman kulit lemon ataupun cengkih untuk hapuskan kuman atau kulat.

5. Simpan dalam travel bottle

Ha, tip ini sebenarnya berguna sebelum PKP sahaja. Yela, sekarang mana boleh keluar atau makan-makan kat luar. Tapi saya kongsikan jugak, supaya orang-orang yang perlu bekerja masih boleh manfaatkan. Saya selalu standby spray ini dalam botol kecil dan simpan dalam beg untuk digunakan seperti:

1. Basuh sudu atau garfu bila makan kat luar. Maklum lah, saya hanya bawak sudu dan garfu spare untuk anak sahaja. Mak bapa dia memang guna yang kat kedai sahaja. Tapi selalu sudu kat foodcourt ini tak bersih & kena basuh sekali lagi sebelum guna. Guna spray ini mudah sahaja nak tanggalkan saki baki minyak yang melekat kat sudu atau garfu itu. Kemudian bilas sebelum guna.

2. Spraykan pada kepala paip sebelum korang basuh tangan sebab selalunya paip kat sinki atau toilet memang kotor sangat.

3. Kalau korang terpaksa gunakan tandas awam atau seat kotor sangat, boleh basahkan sikit tisu, spray cuka ini pada tisu dan lap seat. Jangan spray secara direct ye, supaya tak terpercik kotoran kat spray itu. Biarkan kejap sebelum bilas.

Saya pernah gunakan toilet di hospital dankebetulan toilet yang kosong ada kesan darah pada seat. Nak tunggu toilet lain, kemain ramai yang beratur. Nak tak nak terpaksa guna jugak lepas bersihkan. Yela, tak tahu orang pergi hospital itu sakit apa. Bahaya sahaja kalau ada penyakit berjangkit. Sesetengah penyakit boleh berjangkit dari darah tau (bbv), incase ade luka-luka kat kulit yang kita tak perasan.

VARIASIKAN BAU HARUMAN SPRAY

1 perkara yang saya suka tentang spray ini, resipi yang sama tapi korang boleh buat pelbagai bau atau haruman. Bagi orang yang berkemampuan, bolehlah gunakan essential oil (boleh juga beli yang murah kat shoppee atau lazada). Tapi tak semestinya perlu beli pun. Boleh gunakan bahan-bahan dari dapur sahaja. Ini antara variasi haruman yang saya suka buat.

1. Kulit limau nipis atau purut atau kasturi

Sebaiknya direndam sekurang-kurang 2-3 hari untuk aromanya melarut. Aroma kulit limau purut paling segar dan tahan lama. Kalau mak-mak rasa moody itu masa mengemas, gunakan aroma kulit limau nipis atau purut ini sebab esen dalam limau ini boleh improve mood tau.

2. Kulit lemon 

Sebaiknya direndam sekurang-kurang 2-3 hari untuk aromanya melarut. Makin lama direndam, kulit lemon akan jadi pucat sebab aroma dan warna dah turun. Bau segar dan berfungsi membunuh kuman juga.

3. Kulit oren 

Sebaiknya direndam sekurang-kurang 2-3 hari untuk aromanya melarut. Kulit oren ini lepas terendam seminggu, akan bertindakbalas dengan cuka. Baunya akan jadi masam macam jeruk kulit limau. Bau pun terliur rasa.

4. Kayu manis + kulit oren

Antara haruman favourite saya ini sebab wangi. Bau macam produk bakeri pula. Tapi kulit oren itu perlu direndam sekurang-kurang 2-3 hari untuk aromanya melarut.

5. Kayu manis

Gunakan saiz kecil atau sikit sahaja, sebab selepas 24 jam, bau dan warna dari kulit kayu ini akan melarut. Lagi besar saiz kayu manis, makin pekat warnanya. Spray ini kalau ditambah kayu manis, lagi kuatkan fungsi dia dalam menghalau semut tau.

6. Cengkih atau bunga lawang

Saya jarang buat cengkih atau bunga lawang ini sebab kena guna banyak sikit untuk dapatkan aroma tu. Tapi cengkih ini antara bahan wajib saya guna bila ada yang tak sihat kat rumah, nak-nak bila batuk atau selesema.

Untuk buat spray serbaguna ini, macam biasa juga. Saya gunakan 1 bahagian cuka, 5 bahagian air dan sabun pencuci pinggan sikit. Kalau nak tengok resipi secara details boleh tengok post lama kat sini.

Sumber: Facebook Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×