Deko & Hias

Tips Jimat Minyak Kereta Untuk Bantu Kurangkan Bajet Ketika Travel, Jimat Poket!

6
SHARES

Setiap kali ingin travel atau bercuti dengan kereta sendiri, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah bajet. Bajet untuk tempat tidur, makan dan minyak kereta. Bila menyebut kereta, anda perlu siapkan kenderaan yang ingin dipandu semasa travel lebih awal bagi mengelakkan masalah.

Pastikan anda tahu cara menjimatkan minyak kereta lebih-lebih ketika harga minyak tidak menentu sekarang. Perkongsian tips jimat minyak kereta yang dimuat naik oleh @directlendingmy.

Baca juga: 5 Restoran Makanan Korea Yang Selalu Penuh Setiap Kali Hujung Minggu, Wajib Pergi!

Berikut merupakan tips jimat minyak kereta:

1. Isi minyak waktu pagi atau malam

Tak kisah waktu pagi atau malam yang penting suhu kena sejuk. Ini kerana kapasiti minyak petrol lebih banyak apabila dalam keadaan sejuk. Pernah tak cuba, isi minyak waktu tengah hari, nampak wap petrol keluar daripada tangki minyak. Jadi untuk elak petrol hilang ditelan angin, mulakan habit isi minyak awal pagi atau cuaca sejuk.

2. Isi minyak perlahan-lahan

Hal ini kerana untuk cecair petrol masuk sepenuhnya ke dalam tangki. Ini boleh bantu kurangkan wap petrol meruap bebas yang membazirkan minyak kereta. Kawal pam minyak itu, tarik perlahan-lahan tau.

3. Isi minyak semasa tangki separuh penuh

Janganlah nak tunggu petrol dah nak habis baru nak isi. Semakin banyak minyak dalam tangki lagi sikit kapasiti ruangan udara yang dipenuhi wap. Jadi bolehlah dapat petrol lebih jika isi minyak semasa tangki separuh penuh.

4. Check condition kereta

Pertama, check tekanan angin tayar. Tayar kurang angin boleh jadikan kereta lebih berat. Ini boleh tambahkan geseran tayar berlebihan sekaligus ini akan makan minyak paling maksimum.

Kedua, servis kereta on time. Ini paling penting ya, pastikan bila tarikh servicing dah sampai jangan sesekali skip sebab malas. Contohnya, jika enjin tak maintain dengan baik penggunaan minyak boleh sampai lebih 50% kalau kereta baru yang masih ada waranti. Hantar sahaja kat workshop untuk check jika ada apa-apa.

Ketiga, jaga habit memandu. Secara logiknya ramai yang tahu nak jimat petrol jangan pandu laju sangat. Pada kelajuan 1 km/j kereta akan guna  10% lebih minyak. Pada 105 km/j akan guna 15% lebih minyak dan 110 km/j boleh sampai 25% lebih minyak.

5. Jangan brek secara mengejut. 

Bila dah tahu dengan jalan itu, nampak ada bump atau traffic light, tekan brek secara perlahan-lahan sahaja. Untuk yang selalu tekan emergency brek bukan sahaja makan minyak, tetapi tayar kena makan juga!

6. Panaskan enjin untuk 30 saat sebelum gerak

Ada yang tekan pedal untuk panaskan enjin tapi itu memang membazir minyak. Hanya perlukan 30 saat untuk panaskan, itu pun dah cukup

Kalau rasa cuba semua tips ini tapi masih lagi rasa mahal. Terdapat 2 pilih iaitu:

1. Guna Natural Gas Vehicle (NGV)

Yang bagus nya, boleh tukar pilihan jenis minyak yang hendak digunakan sama ada NGV atau petrol. Maklumlah install NGV tank mahal sikit dan makan sikit ruang tapi buat yang selalu travel memang sangat menjimatkan lebih-lebih lagi dalam jangka masa panjang.

2. Carpool

Sama ada kereta atau motor, boleh cari rakan sekerja, keluarga atau jiran yang kerja area yang sama. Nak bertukar ganti pemandu pun okey. Ini boleh jimat minyak sehingga 50% setiap minggu.

VIDEO PENUH

@directlendingmy

Ini tips jimat minyak kereta untuk bantu kurangkan bajet travel 👀 cuti sekolah bolehlah start plan road trip #kereta #carmalaysia #jimatminyak #jimatminyakkereta #petrol #kewangan

♬ Lo-Fi analog beat – Gloveity

Sumber: Tiktok directlendingmy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×