Percutian

Ada Orang Kata Isi Minyak Penuh (Full Tank) Itu Merugikan? Ini Jawapan Pakar!

13
SHARES
kesan isi minyak penuh

Baru-baru ini telah tular satu kenyataan di laman X yang mendakwa, pengisian minyak penuh (full tank) pada kereta akan menyebabkan kerugian. Jadi, apakah fakta itu benar seperti yang didakwa individu terbabit berkenaan kesan isi minyak penuh kereta pada penggunanya?

Berikutan itu, ia berjaya menarik minat seorang Pakar Dinamik Bendalir dan Pemindahan Haba, Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal yang telah menghuraikan beberapa fakta berkenaan hal tersebut.

Baca juga: Lakukan 8 Tips Ini Bila Beli KERETA TERPAKAI, Jangan Percaya ‘Owner & Salesman’ 100%!

KESAN ISI MINYAK PENUH

kesan isi minyak penuh

Gambar: Kenyataan yang dikeluarkan seorang individu tentang pengisian penuh minyak kereta – Dr Aid Fawzal

Menurut Dr Ahmad Syahid Ahmad Fawzal (Dr Aid Fawzal), mengisi minyak penuh akan merugikan pengguna adalah kenyataan yang tidak benar. Hal ini kerana, berat isian penuh petrol adalah tidak ketara jika dibandingkan dengan berat kereta.

Namun sebaliknya, kerugian dalam penggunaan petrol lebih terkesan atas beberapa faktor. Nak tahu lebih lanjut, ikuti ulasan beliau di bawah.

Baca juga: Aplikasi ‘Pandai’ Bantu Anak Ulang Kaji Pelajaran: Kuiz Pelbagai Subjek, Tuisyen & Ujian Penggal!

Betulkah merugikan jika mengisi minyak penuh?

Betulkah dengan mengisi minyak penuh (full tank) merugikan? Ini separa benar! Jom kita fahami isu ini.

Menurut penulis asal, isi minyak penuh akan menambah beban tambahan yang berlebihan (unnecessary). Walhal ini hanyalah separuh daripada realiti sebenar.

Sebagai contoh…

Contoh 1: Perodua Myvi

  • Saiz tangki = 40L
  • Ketumpatan petrol = ~740kg/m³
  • Maka berat tangki penuh berisi petrol = 30kg
  • Berat kereta = 950kg
  • Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 30/950 = ~3%

Contoh 2: Perodua Bezza

  • Saiz tangki = 36L = 27kg
  • Berat kereta = 940kg
  • Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = 27/940 = ~3%

Contoh 3: Proton X70

  • Saiz tangki = 60L = 44kg
  • Berat kereta = 1675kg
  • Nisbah berat petrol terhadap berat kereta = ~3%

Kereta yang tangkinya boleh isi sampai 70L = 52kg seperti yang penulis asal cakapkan itu pastinya kereta yang lebih besar daripada Proton X70.

Dan bila badan kereta besar, berat kereta juga besar. Akhirnya berat petrol bila diisi penuh tadi hanya sikit jika dibandingkan dengan berat keseluruhan kereta.

Baca juga: Panduan Isi Angin Tayar Di Pam Minyak, Yang Tak Berani Pam Sendiri, Boleh Ikut Cara Ini

Baca juga: Panduan ‘Explore’ Canva Untuk Amatur, Cikgu Boleh Guna Buat BBM Anak Murid!

Rumusannya:

kesan isi minyak penuh

Gambar: KalTire

Adalah tidak benar yang kita akan rugi dengan selalu mengisi minyak penuh. Ini kerana berat isian penuh petrol tidak signifikan bila dibandingkan dengan berat kereta.

Sebaliknya, kerugian dalam penggunaan petrol lebih terkesan atas faktor-faktor:

  1. Simpan barang-barang berat yang tak diperlukan dalam kereta (seperti sub woofer, toolbox tak guna, dan lain-lain),
  2. Pandu secara melulu,
  3. Pandu laju yang melampau,
  4. Pasang bodykit yang tak aerodinamik.

Baca juga: 5 Tanda Awal ‘Power Steering’ Kereta Ada Masalah, Patutlah Rasa Berat Bila Nak Belok!

Sumber: Dr Aid Fawzal

FT Image: Dr Aid Fawzal / Brett_Hondow

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×