Asuh

Elak Kena Ejek Di Sekolah, Anak Kena Amalkan 4 ‘Boundaries’ Ini

17
SHARES

“Pendek! Gemuk! Hitam! Busuk!”

Banyak lagi perkataan-perkataan nista yang sering dilemparkan oleh murid nakal di sekolah kepada rakan mereka yang dianggap sebagai lemah. Kesan kepada mangsa pula sudah tentu sehingga mengganggu emosi.

Sekiranya, anak-anak anda mengalami situasi sering diejek rakan sekolah, apa kata usahakan mengajar mereka untuk amalkan 4 sempadan ini bagi melindungi dirinya bila bersendirian. Ini telah dipraktikkan Doktor Redza Zainol kepada anaknya sendiri yang pernah menjadi mangsa ejekan.

Baca juga: “Ketagih Lebih Teruk Dari Ambil Dadah”- Ini 5 Sebab Kenapa Jangan Ajar Anak Minum Minuman Tak Sihat

SEMOGA 4 AMALAN INI DAPAT BANTU ANAK URUSKAN DIRI BILA BERSENDIRIAN…

Gambar hiasan: NidoLove.

Malam-malam anak sulung menangis. Makin lama makin kuat, jadi saya pun datang pujuk dia.

Dia pun mula cerita yang ada kawan panggil dia pendek. Dia tak rapat pun dengan budak tu, tiba-tiba je budak tu datang dan sebut itu ini.

Bila berulang kali dipanggil pendek, anak saya kata dia sedih. Dia tak suka orang lain label dia macam tu. Sebab tu saya rasa penting untuk kita ajar anak amalkan 4 sempadan (boundaries) ni sejak dari kecil lagi.

MINTA ANAK AMALKAN 4 SEMPADAN INI:

Gambar hiasan: iStock.

1. SEMPADAN EMOSI (EMOTIONAL BOUNDARIES)

Orang luar boleh cakap apa saja. Kitalah yang kena lindung diri kita sendiri. Kalau tak, diri kita akan sentiasa terkesan dengan kata-kata, fikiran, perbuatan, reaksi dan mood orang lain.

Contoh : “Saya tak suka kalau orang lain bercakap mengenai rupa paras saya.”

2. MASA KITA (TIME BOUNDARIES)

Orang sekeliling ada yang akan cuba untuk ambil masa kita. Tapi anak kita patut tahu, dialah yang berhak terhadap masanya sendiri.

Inilah yang akan melindungi diri anak dari berbuat perkara yang diluar kemampuannya.

Contoh : “Saya tak dapat nak tolong hari ni tapi saya boleh luangkan masa esok.”

Gambar hiasan: iStock.

3. TOPIK PERBUALAN (TOPIC BOUNDARIES)

Ini powerful. Kita boleh halang diri dari bercakap tentang topik yang kita tak suka. Hanya kerana kawan kita berbual mengenai topik tu, tak semestinya kita pun kena ikut juga.

Ajarkan anak untuk banyak bercakap mengenai idea baru dan tentang aktiviti masa depan.

Kongsi pada anak untuk kurangkan bercakap mengenai perkara yang dah lepas dan lagi buruk bila mengata tentang orang lain.

4. HAD FIZIKAL (PHYSICAL BOUNDARIES)

Ini sangat penting. Anak kena belajar untuk melindungi diri dan barang miliknya.

Contoh :

  • Kawan mesti minta izin kalau nak pinjam barangnya.
  • Tegas dengan 4 titik tubuh badan yang tak boleh disentuh sesiapa.

Ada perkataan atau perbuatan yang mungkin kedengaran dan nampak remeh, tapi inilah yang merosakkan hubungan.

Malam tu, saya ajarkan yang dalam hidup ni, tak semua benda kita nak ambil peduli. Ada perkara yang baik, kita ambil. Yang buruk kita abaikan.

Saya percaya kita boleh jadi apa saja yang kita nak dalam hidup ni, tapi pilihlah untuk menjadi orang yang baik.

“SAMPAI CIKGU PUN BUDAK TU MAKI”

Meninjau di ruangan komen, terdapat banyak luahan yang disampaikan oleh ibu bapa berkenaan sikap sesetengah pelajar yang begitu biadap biarpun usia mereka masih muda.

Ada itu yang bertindak keterlaluan sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata kesat kepada gurunya sendiri. Parah!

Sumber: Facebook Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×