Asuh

Usia 4, 5 Atau 6 Tahun, Umur Mana Yang Nampak Anak Sedia Ke Sekolah? OT Kongsi 5 Aspek Ini!

4
SHARES
umur anak masuk sekolah

Terdapat segelintir ibu bapa yang menghantar anak ke prasekolah, seawal usia 3 tahun ke atas. Malah, ada juga yang memilih untuk hantar anak ke prasekolah bila sudah mencapai umur 5 tahun. Begitulah, keputusan perbezaan umur anak masuk sekolah yang dibuat ibu bapa.

Namun, adakah anda tahu tahap kesediaan anak untuk berada di sekolah, sebenarnya bergantung kepada anak itu sendiri. Apabila anak tidak bersedia, mulalah kedengaran tangisan di dalam kelas sehingga mengganggu proses pembelajaran dan murid lain. Maka, porak-peranda lah hidup cikgu untuk mengawal keadaan.

Baca juga: “Pak Mamat Ada Kebun~” Selain Belajar, Kenalah Bermain & Bernyanyi Baru Pertuturan Anak Tambah Maju!

UMUR ANAK MASUK SEKOLAH!

umur anak masuk sekolah

Baik ibu bapa mahupun guru, masing-masing mempunyai tanggungjawab tersendiri untuk memastikan kanak-kanak bersedia untuk belajar di sekolah. Justeru itu, di bawah merupakan 5 aspek tahap kesediaan anak berada di sekolah yang disenaraikan OT Siti ‘Aisyah Rozalli.

UMUR BERAPA ANAK BERSEDIA NAK BELAJAR SEBENARNYA?

Sebenarnya, apa maksud bersedia untuk belajar tu? Tempoh hari dalam live, saya ada share tentang tahap kesediaan anak untuk berada di sekolah bergantung kepada anak tersebut.

Kita pecahkan kepada 5 ASPEK:

1. SIFAT INTERPERSONAL TINGGI PADA ANAK

Ada anak yang umur 4 tahun, kita tinggalkan dekat sekolah, menyeringai kegembiraan sebab memang suka berkawan.
Interpersonal intelligence mereka tinggi.

Mereka memang sifatnya suka berkawan. So, anak jenis ini, sekejap sahaja dia boleh adapt dekat sekolah ni.

2. TAHAP KERESAHAN ANAK TINGGI

Ada anak yang dia jenis senang gelisah kalau mak dia tak ada. Very attached. Bukan salah mak kalau anak dia attached.

Anak jenis ni, biasanya diorang lambat warm-up sikit. Bagilah masa seminggu, 2 minggu. Insha Allah dia boleh adapt. 

3. ATTENTION SPAN ANAK

umur anak masuk sekolah

Anak umur 5 tahun, secara average dia boleh bagi perhatian dalam 10 – 25 minit je. Itupun kalau subjek tu dia suka dan dia dah ada kesediaan untuk belajar dalam jangka-masa yang panjang.

4. CARA GURU MENDEKATI ANAK

Anak itu menangis ke tak menangis ke. Kalau dah namanya pra-sekolah, memang kita kena guna out-of-pencil-paper strategies kalau 2 minggu pertama tu. Bagi anak relax dan rasa selesa dekat sekolah.

Lepas itu, kalau anak tu menangis guru kena tenang. Kalau guru pun tinggi suara, lagi tinggi tahap keresahan anak, lagi tinggi tahap keresahan guru. Maka, jadilah conflict antara anak dan guru, dan mak ayah yang kena hadap.

Percayalah. Saya dah banyak kali jumpa, pelajar yang guru A kata dia tak bersedia lagi, tapi guru B kata dia dah bersedia. Hmm…

5. KEMAHIRAN SEDIA ADA ANAK

Tak boleh nak salahkan guru seratus peratus tau. Apa kemahiran yang kita dah sediakan pada anak sebelum mula masuk sekolah pun akan mempengaruhi.

Ibu dah bercerita tak pada anak tentang sekolah, sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum mula sekolah. Ibu dah mula biasakan anak dengan aktiviti yang mungkin akan dilakukan di sekolah ke tak, 6 bulan sebelum mula sekolah.

Ini semua akan bantu tingkatkan survival skills anak.

TEMPOH BERBEZA UNTUK ANAK MENYESUAIKAN DIRI

umur anak masuk sekolah

Anak usia 5 tahun ini, memang kalau ikut pola perkembangan, kebanyakan mereka dah boleh menyesuaikan diri. Kita bagi masa 2-3 minggu mereka mesti boleh adapt.

Tapi, bagi masa 4 hari tu, memang tak adil lah untuk anak tersebut kan. Tapi tapi tapi, take note tau…

Ada anak yang akan ambil masa lebih lama untuk relax. Bergantung tahap keresahan dia. Paling lama dalam 3-4 bulan. Kalau lebih dari tu, biasanya kita akan suggest parents untuk dapatkan cadangan pakar. 

Sumber: Facebook Siti ‘Aisyah Rozalli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×