Membesarkan anak-anak bukan perkara yang mudah. Dari rumah ibu bapa mempunyai tanggungjawab yang besar untuk mengajar anak tentang asas-asas kemahiran dalam menjalani kehidupan seharian.
Salah satunya adalah mengenai kemahiran menguruskan stres, tekanan dan masalah hidup yang sukar dipelajari di sekolah dengan lebih teliti dan mendalam. Sebagaimana perkongsian Doktor Rozanizam Zakaria, ini merupakan tujuh tips asas mengendalikan stres yang boleh ibu bapa aplikasikan untuk mengajar anak-anak.
Baca juga: Normal Anak Duduk Posisi ‘W’, Tapi Dapatkan Pemeriksaan Jika Ada Gejala Macam Ni…
DOKTOR KONGSI 7 TIPS ASAS AJAR ANAK KENDALIKAN STRES
Kalau ada satu ilmu yang anda boleh wariskan kepada anak anda, salah satunya ialah kemahiran menguruskan stress, tekanan dan masalah hidup.
Jadikan setiap masalah dalam hidupnya sebagai peluang untuk anda mendidik kemahiran ini. Dalam mendidik, ada 7 tips asas yang anda boleh aplikasikan.
7 ‘JANGAN’ DALAM MENDIDIK ANAK MENGENDALIKAN STRESS
1. JANGAN AJAR TEKNIK BURUNG UNTA
Jangan sorokkan kepala dalam pasir bila datang masalah. Jangan ajar anak abaikan (ignore) masalah/stress. Mengelak dari masalah (avoidance) hanya akan menjadikan masalah terkumpul.
Ajar anak untuk kenal pasti masalah, namakan masalah, senaraikan masalah, suarakan pandangan dan berbincang tentangnya secara telus dan terbuka. Tidak kira kecil atau besar masalah tersebut.
Ajar anak bahawa ‘it’s okay not to feel okay sometimes’. Asalkan kita belajar cara mengendalikan masalah tersebut.
2. JANGAN JADI SUPERHERO KEPADA ANAK ANDA
Jangan jadi penyelamat terlalu awal. Jangan jadi penyelesai masalah pada setiap ketika. Wujudkan keyakinan yang anak anda boleh menyelesaikan masalahnya sendiri.
Peranan anda adalah untuk hadap mereka waktu itu dengan FACE: ‘facilitate’, ‘acknowledge’, ‘constructively support‘ dan ‘empower’ mereka.
Jangan sediakan jawapan dan penyelesaian untuk setiap permasalahan. Apapun hasil akhir penyelesaian mereka, bantu mereka untuk muhasabah dan perbaiki.
3. JANGAN AJAR MEREKA ONE-WAY TRIP
Jangan ‘stuck’ dengan satu versi masalah dan penyelesaian sahaja. Ajar mereka ‘the bigger picture’.
Ajar mereka solusi di luar kotak. Ajar mereka melihat dari perspektif yang berbeza. Ajar mereka melihat masalah dari sudut pandang orang lain. Ajar mereka memakai kasut orang lain.
Kemahiran melihat masalah dengan pelbagai perspektif ini penting untuk menghakis sikap ‘ego-centric’ anak.
4. JANGAN JADI MODEL YANG SALAH
Tunjukkan contoh yang baik bagaimana anda menyendalikan masalah anda. Ada dua kategori cara coping – emotional-focused coping dan problem-focused coping.
Kedua-dua cara ada kaedah positif dan negative. Apa pun cara anda cope dengan masalah, jangan sampai anak mengambil teladan yang negatif dari anda.
5. JANGAN RUMITKAN KAEDAH MENGHADAPI STRESS
Jangan ingat kemahiran ini perlu rumit dan komplek. Teknik mudah relaksasi seperti deep breathing, simple mindfulness, problem solving, berbual, simple hugs.
6. JANGAN LUPAKAN KEPERLUAN ASAS EMOSI
Kasih sayang, perhatian, rasa selamat, tidur yang cukup, makanan yang sihat, riadah dan rakan yang positif. Inilah asas yang akan menjadikan emosi anak lebih stabil dan mudah diurus.
7. JANGAN LARI
Be present and available. Kemahiran tidak akan datang dengan leteran atau kata-kata semata-mata. Anda perlu ada bersama anak anda pada masa sukar. Cuba mendengar dan memahami.
Petikan buku Psikologi Si Kecil oleh Dr Rozanizam Zakaria, terbitan White Coat.
Sumber: Dr. Rozanizam Zakaria