Asuh

Normal Anak Duduk Posisi ‘W’, Tapi Dapatkan Pemeriksaan Jika Ada Gejala Macam Ni…

2
SHARES

Adakah anda perasan, bayi amat gemar untuk duduk dalam posisi ‘W’ malah, mereka kelihatan sungguh selesa? Melalui perkongsian Public Health Malaysia, ia mungkin suatu perkara yang normal buat bayi pada usia sekitar 3 tahun ekoran tubuh mereka yang masih fleksibel.

Ibu bapa turut digalakkan untuk mengubah posisi anak ketika duduk seperti duduk bersila dan sebagainya. Namun, perhatikan pergerakan anak sewaktu mengubah posisi W ke posisi lain sama ada kelihatan sakit dan sebagainya.

Baca juga: Ibu Kongsi ‘Finger Food’ Saranan Doktor, Boleh Bantu Naikkan Berat Badan Si Kecil

NORMAL ANAK DUDUK POSISI ‘W’, TAPI…

Jika anda nampak anak anak duduk dalam posisi W, ia mungkin suatu perkara yang normal pada usia sekitar 3 tahun.

Pada ketika ini , tubuh mereka masih fleksible, ia tidak menyakitkan mereka dan tidak akan mendatangkan bahaya pada perkembangan otot peha sekiranya duduk dalam posisi ini SEKALI SEKALA.

KENAPA KANAK-KANAK SUKA DUDUK DALAM POSISI ‘W’?

Kanak kanak suka posisi ini kerana ia memberi tapak yang lebih luas dan memberi keseimbangan yang lebih stabil semasa mereka sedang bermain.

Kajian menunjukkan 99% kanak kanak yang duduk dalam posisi W akan meninggalkan tabiat tersebut selepas mereka semakin membesar TANPA sebarang intervensi. Kajian juga membuktikan duduk dalam posisi W tidak mengakibatkan Hip Dysplasia.

Gambar hiasan: Viva.co.id

Pesanan penting kepada ibu bapa adalah untuk memerhatikan pergerakan anak-anak semasa beralih dari posisi W ke posisi lain. Adakah nampak mereka kelihatan kekok, dalam keadaan kesakitan atau tidak seimbang?

1. DAPATKAN PEMERIKSAAN JIKA,

  • Otot mereka kelihatan lemah, kerap jatuh.
  • Peha bengkak atau sakit- Hip dysplasia.
  • Masalah koordinasi dan keseimbangan.

2. GALAKKAN ANAK BERUBAH POSISI SEMASA DUDUK

Gambar hiasan: PEXELS – Andrea Piacquadio.

Selain itu, galakkan anak untuk berubah posisi semasa duduk dengan menggalakkan mereka untuk:

  • Duduk bersila.
  • Duduk melunjur.
  • Duduk bersimpuh.
  • Duduk melutut.

https://hipdysplasia.org/w-sitting-and-hip-development/

RUPANYA ORANG DEWASA PUN SUKA DUDUK POSISI ‘W’ INI

Meninjau di ruangan komen, pelbagai reaksi yang diterima dalam kalangan netizen. Rupa-rupanya posisi duduk W ini bukan sahaja digemari dalam kalangan kanak-kanak, malah terdapat ramai golongan dewasa yang selesa dan memilih posisi ini juga.

Sempat juga mereka berseloroh…

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×