Asuh

7 Cara Disiplin Anak Dalam Islam, Tanpa Pukul Anak!

4.2K
reads
Cara Disiplin Anak Dalam Islam

Disiplin Anak Dalam Islam

Sebagai ibu-bapa, kadang-kadang kita hilang sabar. Secara tidak sedar, kita memukul anak dengan rotan, atau dengan apa sahaja yang boleh dicapai dengan tangan. Selepas anak menangis teresak-esak, barulah kita rasa menyesal.

Lagi teruk kalau anak lebam dan berbirat badannya. Sedih sangat bila memikirkannya. Kami bukan pakar. Sekadar perkongsian peribadi kerana kami percaya cara disiplin anak bermula dari rumah sejak usia kecil lagi. Kali ini, mari kita berkongsi tips dan cara disiplinkan anak dengan cara yang lebih efektif:

Ibu-bapa adalah 'role-model' anak-anak

Ibu-bapa adalah ‘role-model’ anak-anak

1. Elakkan perkataan ‘Jangan’

Jeritan ‘Jangan’ cukup sinonim untuk semua ibu-bapa. Sebaik-baiknya, tukarkan perkataan itu dengan frasa yang lain. Jangan kata ‘Jangan’ (Tengok! Kami pun dah ‘ter’cakap ‘Jangan’ dah). Contohnya, kalau ada dua orang anak, suka main pukul-pukul adik beradik. Tiba-tiba yang si adik menangis. Apa kita kata, “Abaangggg, jangan pukul adik!”.

Cuba ambil dimensi dan pendekatan berbeza. Panggil abang dan adik, kita peluk dua-dua. Cakap elok-elok, “Abang dengan adik main sama-sama tau. Adik beradik kena ‘happy-happy’. Sekarang, abang peluk adik pulak”. Rasa-rasanya, yang mana satu lebih efektif?

Bukankah ibu-bapa itu adalah guru dan ‘role-model’ pada anak-anak?. Semua yang kita buat, dia akan ikut. Maka, eloklah kita buang tabiat buruk kita. Tunjukkan yang baik-baik sahaja depan anak-anak.

Pukul anak sekadar cukup syarat sahaja, bukan mahu belasah sampai lebam

Pukul anak sekadar cukup syarat sahaja, bukan mahu belasah sampai lebam

2. Elakkan pukul anak

Ini paling mudah. Kena pujuk dan didik hati kita sebagai ibu-bapa. Tiada guna pukul anak, esok dia buat lagi. Bukan tidak boleh pukul langsung. Cuma perlu ada alasan yang kukuh dan selalunya ada bukti depan mata. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.

Puji dan peluk anak selalu

Peluk anak selalu. Puji kalau dia buat perkara yang betul.

3. Puji anak depan orang lain

Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia. Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tentu dia tidak akan nakal-nakal lagi di rumah orang lain. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.

7 Cara Dan Tips Mengajarkan Anak Tentang Disiplin (Tanpa Memukul)

‘Punish’ anak dengan cara yang lembut, bukan kasar

3. Pelajari ilmu ‘child development’ dan ‘parenting’

Bukan semua yang ibu-bapa kita ajar itu betul. Mungkin ada yang betul, mungkin ada yang salah. Untuk mendidik anak dengan cara yang terbaik, ikuti kelas-kelas ‘parenting’ jika ada masa. Nasihat yang diberikan adalah dari yang pakar, bukan omongan kosong. Lebih-lebih lagi zaman sekarang, proses tumbesaran anak lain cabarannya. Dulu, tiada iPad dan tablet. Kita asyik main panjat-panjat pokok. Sekarang tiada lagi.

Berikan 'reward', habuan atau ganjaran jika perlu

Berikan ‘reward’, habuan atau ganjaran jika perlu

4. Gunakan ‘Reward System’

Ini bukan rasuah. Bila anak ‘behave’ dan betul-betul baik dan rajin tolong kita, kita beri dia ganjaran yang sepatutnya. Puji dulu, peluk erat-erat, bagi dia rasa dirinya disayangi. Jangan bagi anak gula-gula pula. Nanti rosak gigi. Contohnya, “Kalau kakak dapat nombor satu, nanti mama belikan basikal baru”. Jika basikal ialah idaman dia, tentu dia akan berusaha bersungguh-sungguh. Contoh yang lain, “Pergi kemas mainan dulu. Kalau dah kemas baru mama bukak cerita kartun, Channel 611”. 

Entah kenapa, anak-anak suka lompat kat sofa kan?

Entah kenapa, anak-anak suka lompat kat sofa kan?

5. Guna kaedah ‘Distraction’ untuk alihkan tumpuan anak

Suka lompat-lompat di sofa? Ajak anak main lompat-lompat di luar rumah. Suka conteng-conteng dinding? Belikan dia buku mewarna. Kalau ada duit lebih, biarkan anak main Play-Doh, tanah liat untuk buat apa yang dia suka. Belikan Lego untuk dia bina bangunan dan macam-macam jenis benda untuk elakkan dia mengganggu kita buat kerja-kerja rumah.

Beritahu anak tentang bahaya jika melakukan sesuatu yang kita tidak suka

Beritahu anak tentang bahaya jika melakukan sesuatu yang kita tidak suka

6. Ajarkan kaedah ‘Logical Consequences’

Contohnya, kalau anak suka main lari-lari, cakap elok-elok, “Adik, mari sini. Tak mau main lari-lari jauh-jauh tau. Main kat depan rumah je. Tak usah pergi sampai kat jalan besar. Nanti kena langgar kereta. Main elok-elok”. Ini akan memberikan satu isyarat logik pada anak, bahawa jika main di jalan besar, boleh kena langgar kereta. Tentu sekali dia akan main dekat-dekat sahaja.

Ajarkan anak agar hormat orang tua

Ajarkan anak agar hormat orang tua

7. Guna teknik ‘Positive Discipline’

Ini bermakna, jika anak buat salah, usah terus marah, “Jangan buat macam ni, salah” (Tengok! Kami pun asyik guna ‘jangan’. Ish, ish, ish). Kalau anak tumpahkan air di meja makan, elakkan marah anak. Untuk tanda protes, dia akan menangis. Akan datang, anak akan sengaja buat lagi. Sebagai ganti, ajarkan anak, “Tengok ayah buat ni, cawan kena pegang dengan dua tangan. Haaa… kan senang, tak tumpah pun”. Bila anak buat apa yang kita suruh, puji dia yang dia pandai. Seperkara lagi, ajar anak agar menghormati orang yang lebih tua. Kalau jumpa, suruh cium tangan.

Harapan kami

Jika mahu bercerita cara mendisiplinkan anak, sehari semalam tidak akan habis. Ada terlalu banyak cara yang boleh diikuti, ikut acuan sendiri. Apa yang penting, ibu-bapa perlu bersabar dengan karenah anak. Sabar itu kan separuh dari iman. Bak kata orang tua-tua, “Ala, budak-budak memang macam tu. Masa kecik je nakal, dah besar baik. Macam kau tu dulu, masa kecik, nakal kemain. Sekarang ok je aku tengok”.

Selamat membesarkan anak dan hayati proses pembesaran mereka. Anak itu anugerah Allah, maka jagalah mereka sebaik-baiknya. Didiklah dengan penuh kasih sayang dan cara Rasulullah. Nescaya anda akan rindu saat-saat mereka kecil satu hari nanti.

Yang Popular

To Top