Asuh

Cuba Lapan Tips Mudah Ini Untuk Anak Terbiasa Dengan Carseat Dan Tak Nakal Dalam Kereta!

833
SHARES

Situasi untuk membiasakan anak-anak supaya duduk diam dalam kereta amatlah sukar. Tambahan pula apabila anak-anak yang masih kecil ini tidak mahu untuk duduk di ‘car seat’dan dipakaikan tali pinggang. Hal ini kerana, mereka berasa terkongkong dan pergerakan mereka agak terhad.

Namun,sebenarnya ada cara untuk kita mendisiplinkan anak untuk menggunakan ‘car seat’ ini. Melalui perkongsian dari Encik Khairul Abdullah di laman Facebooknya, terdapat lapan tips atau cara untuk membiasakan anak-anak dengan ‘car seat’. Mari kita baca! Boleh juga cuba tips ini apabila bersama anak nanti.

http://seat.joymetry.com/

http://seat.joymetry.com/

8 Tips Untuk Biasakan Anak Guna Carseat

Anak-anak saya kalau masuk kereta nak balik kampung atau ke mana pun, paling lama bertahan sekitar 30-40 minit sahaja. Lepas tu memang akan lelap. Bila dah lelap maka suasana aman damai. Bolehlah borak-borak dengan isteri sekejap sebelum dia pun lelap juga.

Tak kisahlah, janji diorang dapat tidur nyenyak dan saya boleh layan rock kapak kat Sinar FM. Paling penting adalah betapa anak-anak lebih selamat ketika berada di dalam kereta dengan seatbelt terpasang kemas. Kita tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang pemanduan kita.

Mungkin kita dah cukup berhati-hati, tapi ada orang lain pula yang melanggar kita. Impak pelanggaran kereta ni walaupun perlahan tapi boleh buat kita dan anak-anak tercampak keluar dari kereta kalau tidak memakai seatbelt.

Kalau dah tercampak keluar, peluang untuk mati adalah lebih tinggi.

Memang benar, semuanya kuasa Tuhan, namun sebelum kita menyerahkan segalanya kepada takdir, kita harus berusaha terlebih dahulu kemudian baru bertawakal. Usahanya ialah memastikan kereta berkeadaan baik, memakai seatbelt dan memandu dengan berhemah.

Ada yang cakap, anak saya susah lah tak nak duduk dalam carseat, nanti menjerit, tantrum dan sebagainya.

Memang tidak dinafikan yang mereka akan memberontak bagi yang tak biasa. Anak-anak saya sudah dilatih ketika hari pertama keluar dari hospital lagi, jadi tiada masalah buat mereka untuk duduk diam di dalam carseat masing-masing.

Bagi anak yang berusia 1-5 tahun dan baru hendak mula belajar menggunakannya maka ianya pasti sukar. Namun ianya tidak mustahil sekiranya kita sebagai ibu bapa terus berusaha.

Berikut adalah beberapa tips asas yang mudah untuk dicuba.

1. Berikan yang terbaik.

http://www.goodhousekeeping.com/

http://www.goodhousekeeping.com/

Berikan anak carseat yang paling sesuai dan selesa buat mereka. Kita pun hendak duduk di kerusi empuk dan sedap untuk balik kampung maka mereka pun sama. Kalau beli yang murah tu dan rasa tak cukup empuk maka buatlah kusyen atau pelapik lain agar lebih selesa. Kalau mampu, belikan yang terbaik. Paling penting beli yang sesuai dengan umur anak.

2. Mulakan dari kecil

http://www.whattoexpect.com/

http://www.whattoexpect.com/

Seeloknya, keluar dari hospital terus masukkan dalam carseat. Jangan didukung atau diriba oleh ibu di tempat duduk hadapan. Lagi awal didedahkan dengan carseat ni maka lebih mudah.

Setiap kali hendak menyusu maka berhenti dan keluarkan baby. Dah selesai masukkan balik dan teruskan perjalanan.

3. Biasakan

http://www.greenchildmagazine.com/

http://www.greenchildmagazine.com/

Kemudian biasakan mereka dengan carseat tersebut. Biar ada rasa “ownership”. Keluar kereta angkut carseat bawa ke dalam rumah, bila dia tengok tv ke layan youtube ke, membaca ke, suruh dia duduk kat dalam tu. Biar dia betul rasa selesa dan seronok di dalamnya. Biar dia hidup dengan carseat dia tu. Takpun waktu beli terus bawak ke dalam rumah biar dia biasakan diri duduk dan bermain dengan seat tu lalu tak berasa takut atau pelik dan kekok.

Biar dia rasa carseat tu dia punya. Lekat nama dia, lekat sticker watak atau karakter kegemarannya. Biar dia bergaduh dengan adik atau abang dia mempertahankan carseat dia.

4. Kelengkapan

http://www.sfgate.com/

http://www.sfgate.com/

Sediakan kelengkapan di dalam kereta. Sediakan mainan atau bahan bacaan atau apa sahaja yang boleh melekakan mereka. Makanan dan minuman juga penting namun pastikan ianya bukan makanan yang boleh membuat mereka tercekik. Ipad atau tab juga adalah item yang melekakan mereka.

5. Rutin Peringatan

http://www.today.com/

http://www.today.com/

Setiap kali masukkan anak ke dalam carseat dan pakaikan seatbelt maka ceritalah tentang kepentingan penggunaannya. Selalu tekankan yang duduk di dalam carseat dan pakai seatbelt adalah penting dan sangat merbahaya kalau tidak menggunakannya. Cakap juga yang polis marah orang yang tak pakai seatbelt.

6. Waktu rehat.

us.diono.com

us.diono.com

Anak-anak juga mudah merasa letih dan lenguh apabila terlalu lama di dalam carseat. Kalau memandu jauh di waktu siang, maka berhentilah setiap 2 jam dan keluarkan mereka. Kalau mereka tidur maka boleh teruskan.

Sekiranya meragam, biarkan dahulu, namun apabila tidak terkawal atau hampir muntah ketika menangis maka berhenti dan keluarkan mereka. Biar mereka bertenang dan cuba kembali.

7. Puji-pujian

http://www.krystlericci.com/

http://www.krystlericci.com/

Jangan lupa untuk sentiasa memuji mereka setiap kali keluar dari kereta dengan mengatakan yang mereka sudah berjaya. Katakan yang anda akan masak sedap-sedap atau belanja mereka makan dan sebagainya sebagai reward.

8. Tiada pengecualian

Tak boleh hari ni pakai, esok tidak, lusa tidak, minggu depan baru pakai balik dan sebagainya. Walaupun pergi ke kedai yang dekat sahajapun harus menggunakannya juga. Maksudnya, setiap kali anak-anak masuk ke dalam kereta maka mereka wajib duduk di dalam carseat dan memakai seatbelt.

Tiada pengecualian. Jangan si adik di dalam carseat, si abang duduk di depan bersama ibu atau sebaliknya. Jangan sampai ada anak yang merasakan yang dia kena “double standard”.

Anak-anak kena duduk dalam car seat sehingga umur 12 tahun.

http://www.kidssafetynetwork.com/

http://www.kidssafetynetwork.com/

Tips asas di atas adalah rutin. Ianya perlu dilakukan tanpa selang dalam apa jua keadaan sekalipun. Jangan sekejap buat sekejap tidak. Kalau tidak rutin maka anak-anak merasakan yang ianya tidak serius dan mereka boleh “negotiate” dengan anda untuk tidak menggunakannya dengan melepaskan tantrum.

Walaupun diasuh sejak bayi menggunakan carseat, ketika umurnya 8 -16 bulan, mereka akan mula meragam dan tidak mahu duduk lama di dalam carseat. Maka tips nombor 3-7 harus dipraktikkan. Tetapkan hati dan terus mengamalkannya walaupun ribut dan badai melanda.

Namun, selepas anda berjaya melakukannya maka anda akan tahu betapa leganya dan senangnya hati anda memandu tanpa gangguan. Dapat bercinta suami isteri sambil makan jeruk Pak Ali tanpa perlu berkungfu dengan anak-anak.

Paling best nanti bila awak seorang diri, suami atau isteri tak ada pun awak boleh memandu dengan anak dibelakang tanpa gangguan.

Namun paling penting, anda telah menjadi ibu bapa yang bertanggungjawab dengan memberi keselesaan dan perlindungan yang sebaiknya untuk anak anda. Kalau apa berlaku anda tidak akan ralat lagi kerana telah mencuba sebaiknya.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Sumber Facebook : Khairul Abdullah 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×