Kebiasaanya, bila meminta anak menulis pasti tidak lama kerana jari mereka cepat lenguh dan membuatkan si anak tidak berminat untuk mencubanya lagi. Menurut beliau, anak-anak tidak boleh dipaksa untuk memegang pensel jika keadaan jari mereka masih lemah kerana akan membuatkan mereka hilang minat untuk membuat kerja sekolah.
Sebenarnya, sebelum ibu bapa meminta anak menulis, mereka perlu menguatkan otot jari terlebih dahulu dengan melakukan beberapa aktiviti di bawah seperti perkongsian Puan Wawa Shauqi di laman Facebooknya.
Baca juga: [VIDEO] Doktor Kongsi Tips Elak Anak Kuat Melekat & Menangis Bila Mak Ayah Hilang
SENARAI MAINAN BOLEH KUATKAN JARI ANAK, BARU TAK CEPAT LENGUH BILA MENULIS
Kenapa anak cepat penat bila menulis? Boleh jadi sebab otot jarinya lemah. Kalau nak merasa struggle anak kita nak menulis, cuba kita paksa diri tulis jawi guna tangan kiri. Kelmarin saya dah cuba. Insaf betul rasa.
Nak habiskan menulis satu muka surat tu, sungguh! Rasa nak menangis. Tah berapa kali padam dan betulkan balik. Baru faham kenapa kadang tulisan anak buruk. Dan kenapa anak boleh menangis nak siapkan kerja sekolah.
Padanlah bila sebut kerja sekolah, macam-macam alasan dibagi. Kalau anak dipaksa pegang pensel dalam keadaan jari yang masih lemah, kita takut nanti anak hilang minat untuk buat kerja sekolah.
Tapi jangan risau. Ada banyak aktiviti yang boleh kita buat untuk kuatkan jemari anak. Ini contoh permainan yang boleh saya cadangkan.
Di setiap gambar, saya ada sertakan apa benefit yang mainan tu boleh bagi kat anak. Pilihlah ikut sesuai umur anak tau. Tak payah susah cari kat mana. Saya dah senaraikan antara tempat yang boleh korang cari.
Fidget sensory toy ni orang pakai untuk budak ralit. Macam kita yang besar ralit main letupkan bubble wrap tu. Bagus untuk latih finger isolation. Mintak anak gunakan satu demi satu jari.satu line, jari kelinking. Satu line lagi jari manis, sampai la guna semua jari.
Ini pun koordinasi mata dan tangan. Selain kawalan tangan dan kemahiran kognitif jugak. Mak-mak join anak main sambil berangan jual sate. Beli di sini.
Menguatkan jemari anak. Latih pincer grip. Kasi jari anak power. Ini kalau anak-anak saya main, komfem susah berhenti. Anything yang berkaitan dengan air dan warna, diorang memang suka. Kalau taknak menangis basuh karpet, lapik la ye. Tak pun main kat porch. Beli di sini.
Yang ni best. Melatih kemahiran visual, koordinasi kata tangan dan ofkoz, kognitif dan fokus jugak. Cuma bertabah kalau anak pakai buat acah-acah masak cendawan. Sebab saya dah kena.
Ini baru bercakap soal jari lemah. Sedangkan dalam kemahiran menulis, ada beberapa lagi kemahiran yang anak kuasai. Antaranya:
– Kemahiran fokus
– Kemahiran motor kasar
– Kemahiran koordinasi tangan-mata
– Kemahiran koordinasi bilateral
– Kemahiran visual (perception/ discrimination dsb) Dan baaanyak lagi!
Tapi jangan risau. Permainan sedia ada ini pun akan bantu improve kemahiran yang lain sekali dan jangan lupa ajar anak banyakkan guna badan secara aktif supaya improve motor kasar juga.
Sumber: Facebook Wawa Shauqi