Asuh

[VIDEO] Doktor Kongsi Tips Elak Anak Kuat Melekat & Menangis Bila Mak Ayah Hilang

22
SHARES

Membesarkan anak-anak bukanlah satu perkara mudah terutama anak kecil yang tidak mahu berenggang dengan ibu bapa dan asyik menangis bila ditinggalkan.

Situasi ini sudah tentunya akan menghadkan pergerakan ibu bapa kerana tidak boleh meninggalkan anak. Perkara ini diulas lebih lanjut oleh Dr Redza Zainol di laman TikToknya.

Baca juga: Bukan Semua Tak Elok, Ini 7 Jenis Jajan Sihat Untuk Anak Yang Ibu Bapa Patut Beli

DOKTOR KONGSI TIPS ELAK ANAK KUAT MELEKAT & MENANGIS BILA MAK AYAH HILANG

Menerusi perkongsian itu, Dr Redza Zainol berkongsi beberapa tips boleh dicuba oleh ibu bapa untuk terlepas daripada cahaya mata buat seketika. Mengulas lebih lanjut, fasa kanak-kanak menangis dan tidak mahu berenggang dikenali sebagai ‘separation anxiety.’ Fasa ini dikira normal antara usia 6 bulan sehingga 2 tahun setengah.

Jadi, tips pertama boleh dicuba ialah mengajak anak-anak bermain sorok-sorok. Mak atau ayah boleh menyorok di belakang pintu sofa dan biarkan anak mencari kita.

Konsep ini dipanggil ‘object permanence’ yang membawa maksud walaupun si anak tidak nampak mak atau ayah dimana tetapi dia tahu dan faham kewujudan mereka.

“Jadi, tak ada lah dia asyik menangis sahaja bila tak nampak mak dia,” jelasnya menerusi video berdurasi kurang satu minit itu.

VIDEO PENUH:

@drredzazainol

Si kecil susah nak berpisah dengan mak? (Part 2) #LearnOnTikTok #TikTokGuru #JomBelajar #KekalSihat

♬ Watermelon Sugar – Harry Styles

Sumber: TikTok Dr Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×