Asuh

Bukan Semua Tak Elok, Ini 7 Jenis Jajan Sihat Untuk Anak Yang Ibu Bapa Patut Beli

24
SHARES

Segelintir ibu bapa berpendapat makanan ringan tidak sesuai untuk diberikan kepada kanak-kanak kerana kandungan nutrisi yang tidak sihat. Sebenarnya ibu bapa boleh memilih untuk memberi jajan versi sihat seperti perkongsian Puan Mazliana Mazlan di laman Facebooknya iaitu dengan memberikan buah-buahan kering.

Baca juga: 3 Tanda Anak Sulung Terlampau ‘Bossy’, Bahaya Kalau Biarkan!

INI 7 JENIS JAJAN SIHAT UNTUK ANAK YANG IBU BAPA PATUT BELI

Ada banyak sangat jajan berkhasiat rupanya. Cuma kita je yang tak perasan. Contohnya, buah kering macam ni, antara jajan yang kita boleh bagi untuk anak snacking.

Dari kita bagi makanan tinggi proses, yang langsung tak ada nutrisi pada untuk tubuh anak, baik kita bagi real food buah yang dikeringkan macam ni kan.

Walau nutrisi tak sama macam anak makan buah sebenar, tapi ia antara pilihan lebih baik berbanding jajan tinggi gula, garam, MSG dan pengawet.

1. GOJI BERRIES

– Fiber, iron, vitamin A dan C

2. DRIED BLUEBERRIES

– Tinggi phytonutrein yang bertindak sebagai antiradang dan antioksida

3. DRIED CRANBERRIES 

– Sumber vitamin B, vitamin C dan vitamin E

4. KISMIS 

– Tinggi iron dan baik untuk sistem penghadaman

5. DRIED APRICOT 

– Ada kandungan vitamin A, E, magnesium dan copper

6. DRIED FIGS 

– Tinggi vitamin, magnesium, iron dan kalsium

7. DRIED PRUNE 

– Sumber vitamin A, K dan fiber

Bagi anak buah kering dalam kuantiti yang sederhana. Buah yang dikeringkan, kandungan air dah tak ada, jadi buah akan tinggi dengan kandungan gula semula jadi.

Sebaiknya, cari buah kering yang tak ada tambahan gula, supaya baby pun boleh makan sekali. Baca ingredients kalau nak tahu ada tambahan gula atau tak.

Saya jumpa di Aeon semua jenis buah kering ni. Kalau korang nak, boleh cari di Shopee jugak.

Link ada dekat bawah ni:

Kita cuba sama-sama ya, banyakkan real food untuk anak makan di rumah.

Sumber: Facebook Mazliana Mazlan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×