Hadiah terbaik daripada mak ayah kepada anak adalah rangsangan perkembangan otak anak semasa anak umur 6 tahun ke bawah.Ini kerana 90% perkembangan otak adalah semasa umur 6 tahun ke bawah. Ramai mak ayah ingat, nak rangsang otak anak banyakkan main flash card, baca buku banyak-banyak dan pergi tuisyen.
Sebenarnya, nak rangsang otak (kognitif) anak tak perlu pun keluar modal besar. Hanya bermodalkan masa dan perhatian kita kepada anak sahaja. Dibawah merupakan cara rangsang otak anak mengikut umur untuk ibu bapa lakukan. Jangan lepas pandang.
Baca juga: Berat Badan Anak Susah Naik, Ibu Ini Kongsi Rahsianya. Menjadi!
CARA RANGSANG OTAK ANAK IKUT UMUR, TAK PAYAH MAINAN MAHAL-MAHAL
0 HINGGA 2 TAHUN
– Pembelajaran menggunakan sistem deria dan pergerakan fizikal. Tips saya:
1. Banyakkan rangsangan deria dan pergerakan untuk anak belajar tentang persekitaran.
2. Normal anak nampak terlebih aktif semasa di tahap ini sebab setiap pergerakan adalah pembelajaran bagi anak. Saya lebih risau bila anak tak banyak bergerak dari anak banyak bergerak seperti:
- Experiment
- Exploration
- Experience
3. Selagi ‘tangki’ keperluan rangsangan deria dan pergerakan anak tak penuh, selagi itu anak akan susah fokus duduk setempat. Selagi anak tak puas masukkan benda dalam mulut, selagi itulah anak tak akan berhenti.
4. Fasa ini, disarankan anak belajar sambil bermain. Anak 2 tahun ke bawah tak akan cepat bosan sebab waktu ini semua yang anak nampak adalah ‘mainan’ bagi mereka melainkan mak ayah yang membosankan.
5. Rangsang minat anak dahulu sebelum fokus aktiviti membaca atau mengira. Setiap anak berbeza, tak salah untuk mak ayah ajar anak awal tetapi pastikan perkembangan yang lain normal dan anak menunjukkan minat terhadap aktiviti membaca dan mengira.
2 HINGGA 6/7 TAHUN
– Mula menggambarkan dan merancang pergerakan atau aktiviti.
– Anak juga sudah mula belajar sesuatu melalui bahasa dan pertuturan tetapi dalam masa yang sama mereka masih tidak boleh menapis maklumat yang diterima lagi.
– Belum boleh berfikir secara logik dan rasional.
– Lakukan aktiviti mengikut kesesuaian umur dan tahap anak.
Tips saya:
1. Banyakkan bercerita dengan anak tentang perkara yang berlaku di sekeliling anak kerana waktu ini anak dah mula boleh belajar melalui bahasa.
Konsepnya seperti semakin banyak kita bercakap dengan anak, semakin banyak kosa kata yang anak belajar, semakin bagus skil bahasa anak. Semakin banyak yang anak boleh faham tentang apa-apa yang berlaku di sekitarnya, semakin berkembang cara pemikiran dan otak anak
2. Jangan paksa anak duduk lama untuk belajar sesuatu sebelum rangsang minat anak nak belajar. Minat dahulu baru duduk belajar.
3. Panjangkan waktu anak perlu habiskan setiap tugasan mengikut umur dan skil fokus anak.
Purata skil fokus, 1 tahun: 3 minit. Contohnya anak 3 tahun, sepatutnya boleh fokus selama 9 minit. Jika anak boleh fokus lebih lama, lebih baik.
4. Kawal pendedahan gadget dan TV, pastikan rancangan bersesuaian dengan umur anak dan mak ayah menonton TV/gadget bersama-sama anak. Limit 1 jam sahaja sehari.
5. Jika kita faham tahap dan konsep bagi merangsang kognitif anak, tak perlu pun keluarkan modal yang besar untuk mengajar anak. Cukup dengan selalu “membebel” dengan anak pun boleh bantu dalam perkembangan otak anak.
6. Kalau kalian ada latarbelakang dalam apa-apa bidang, jangan lupa dedahkan sahaja ilmu pengetahuan yang kita ada kepada anak.
Sebenarnya setiap perkembangan ada prosesnya sendiri, jika mak ayah faham konsep pasti mudah nak bantu rangsang perkembangan anak.
Sumber: Facebook Maryam Jamadi