Dapur

Cara Buat Kulit Ayam Goreng KFC Tanpa Guna Kulit Ayam

120
SHARES

Baru-baru ini salah sebuah restoran makanan segera popular dan kegemaran ramai iaitu KFC telah melancarkan produk baharu iaitu kulit ayam goreng rangup. Namun, bukan semua orang sempat merasa menu baharu ini kerana terhad pada waktu tertentu sahaja. Bukan itu sahaja, anda sebenarnya boleh buat sahaja menu ini di rumah tanpa perlu guna kulit ayam pun. Maklumlah bila anak minta nak makan, dekat mana pula nak cari kulit ayam bukan? Jom kita try!

Baca juga: Resepi Lengkap Set Nasi Butter, Ayam Goreng KFC, Siap Ada Sup Bebola

CARA BUAT KULIT AYAM CRISPY MACAM KFC

BAHAN-BAHAN

-Telur

-Lada hitam

-Garam

-Air sikit

-Pati ayam sedikit

-Kocak sampai buih kasar

1. Atas pan letak minyak sikit letakkan telur senipis yang boleh…

2.Terbalikkan yang sebelah bagi masak

3.Gaul dengan tepung tak kira laa tepung apa…bistari ka pintar ka…jadi tepung goreng…potong telur bagi bentuk kulit ayam…ambil celup di tepung celup di air celur di tepung semula

4.Goreng minyak yang panas

5.Siap rangup krup krup krup

Sedap ni, boleh cuba!

Sumber: Puan Diera

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×