Dapur

Resepi Lengkap Set Nasi Butter & Ayam Goreng Ala-Ala KFC, Siap Ada Sup Bebola!

168
SHARES

Pasti anda pernah set makan nasi mentega atau butter rice bersama ayam goreng di KFC bukan? Salah satu lokasi yang menawarkan pilihan butter rice yang sedap adalah di restoran makanan segera ini memang mendapat tempat di hati orang ramai. Bukan sahaja nasi ini digemari oleh orang dewasa kerana rasa dan bau yang wangi, malah nasi ini juga pastinya dapat memikat selera anak-anak.

Jadi, apa kata kita masak terus satu set nasi bersama ayam goreng ala-ala KFC berserta sup. Bila masak di rumah boleh ditambah berpinggan-pinggan bukan?

NASI BUTTER ALA-ALA KFC, AYAM GORENG ALA-ALA KFC, SUP

Bahan-bahan nasi butter :(Untuk 5 orang makan)

4 cawan beras

4 biji bawang putih(ketuk dan potong halus)

1 biji bawang merah (optional) (hiris nipis)

125g butter

Halia (ketuk biar pecah sikit)

1 cawan freshmilk (apa-apa brand janji full cream)

1 kiub pati ayam maggie

Garam

Cara masak

1.Panaskan kuali masukkan butter tumis bawang putih kalau nak masukkan bawang merah tumiskan sekali sampai naik bau

2.Masukkan halia

3.Masukkan freshmilk kacaukan sekejap dalam 2minit

4.Masukkan beras yang dah dibasuh, pastu masukkan kiub pati ayam dan gorengkan beras sekejap dalam 3 minit

5.Alihkan beras ke dalam rice cooker dan masukkan air,sukatan air ditambahkan dengan secawan susu. Macam saya beras 4 cawan air 4 cawan+1 cawan susu. Masukkan sedikit garam dan masak seperti biasa (sukatan air bergantung pada jenis beras yang u olls guna la sukat macam masak nasi biasa la cuma air tu kena + dengan susu skali) sebab dah ada penggunaan susu so kena kurangkan la air.

Bahan ayam goreng ala-ala kfc:

-10 ketul ayam

-1 cawan tepung bestari original

-1 cawan tepung bestari spicy (Saya tak letak telur tak letak tepung lain tapi camni pon dah memang sedap) (KALAU ADA ANK BAWAH PADA 3 TAHUN MEMANG TAK MAKAN PEDAS BETTER GUNA TEPUNG ORIGINAL SAHAJA YEE,CAMPURAN TEPUNG NI SESUAI UTK DEWASA SBB AYAM AKAN RASE MACAM AYAM KFC SPICY)

Cara masak:

1. Ambik 5-6 sudu besar campuran tepung tadi masukkan dalam ayam gaulkan sekali biarkan sebati perap ayam dengan tepung selama 2 jam nak lagi sedap perap lama lagi.

2.Dah siap perap panaskan kuali letak minyak dan ambik ayam perap tadi gaulkan dengan tepung campuran, salutkan tepung tebal-tebal dan masukkan dalam kuali. Goreng hingga garing, goreng dengan api yang sederhana yee.

Bahan-bahan sup chicken meatball:

-Leher/kaki ayam potong kecil-kecil

-10biji chicken meatball

-Daun sup

-1 kiub pati ayam

-Halia (ketuk)

-Bawang putih

-3 cawan air

Garam secukupnya

Cara masak:

1-Tumiskan bawang putih hingga naik bau,masukkan halia dan leher/kaki ayam yang dah dipotong kecil-kecil biarkan sekejap.

2-Masukkan chicken meatball, kiub pati ayam dan air biarkan sampai masak

3-Masukkan garam dan daun sup. Siapppp boleh dihidangkan!

Sumber: Syue Haida

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×