Didik

Boleh Asah Soft Skill, Ini 4 Aktiviti Yang Anda Boleh Cuba Untuk Anak Yang ‘Gila’ Sticker

237
SHARES

Perasan atau tidak setiap kali anda berkunjung ke kedai buku, pastinya anak-anak akan tertarik dengan koleksi sticker yang ada di sana? Kalau boleh, setiap hari mahu beli sticker dan dijadikan permainan harian. Tapi, ibu bapa pula yang pening kepala dimana anak-anak akan mula tampal sticker tersebut di serata kawasan dalam rumah termasuk dinding yang bercat mahal!

Tetapi, jangan dimarahi anak-anak yang suka main dengan sticker tersebut kerana ada manfaatnya yang anda tidak tahu. Berikut merupakan antara aktiviti yang anak-anak boleh buat menggunakan sticker.

AKTIVITI ANAK-ANAK MENGGUNAKAN STICKER

Hari tu , ke kedai buku, belikan sedikit bahan nak buat aktiviti dengan anak-anak. Sticker antara favourite item bila buat aktiviti. Banyak boleh dibuat. Ini antara aktiviti yang kami buat minggu ini.

1. Belajar bentuk dengan sticker.

Lukis bentuk dan ajak anak lekatkan sticker pada garisan bentuk itu. Adam suka sangat main yang ni. Boleh fokus lama.

2. Cabut sticker dan letak dalam bentuk yang dilukis

Untuk Yusuf, yang umur 20 bulan, saya ajak dia main letak sticker dalam bulatan. Nak latih kemahiran motor halus, bukan senang bagi kanak-kanak nak cabut sticker dari kertasnya. Perlukan fokus dan kemahiran motor halus yang baik.

3. Cabut sticker yang diletak pada anggota badan

Adam dan Yusuf teruja dapat main ini. Main cabut-cabut sticker dekat badan.

4. Belajar nombor

Buat kepala ulat. Minta anak lekatkan sticker untuk bentukkan badan ulat . Lekatkan sticker mengikut nombor. Kalau pergi kedai, bolehlah borong sticker banyak-banyak.

Selamat beraktiviti dengan anak!

Sumber: Wan Nur Syakira 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×