Didik

‘1 Kebaikan Dapat Upah RM1’ – Lelaki Kongsi Teknik Latih Anak Berusaha Untuk Dapatkan Sesuatu

740
SHARES

“Papa,papa..jom pergi kedai nak beli mainan…jomlah papa..”

Bagi anda yang ada anak kecil, jangan terkejut bila mereka dah pandai mengajak anda untuk pergi ke kedai. Walaupun baru berusia 2 tahun dah pandai nak minta belikan barang mainan mereka. Bukan itu saja, mereka dah hafal senarai mainan yang mereka nak beli! Bijak kan? Tapi, kalau dituruti setiap kemahuan mereka, memang penuhlah satu rumah dengan barang mainan. Duit kita pun habis!

Anda boleh ikut cara seorang bapa ini yang menggunakan trik ‘upah RM1’ pada anaknya apabila melakukan  setiap kebaikan. Wang upahan yang terkumpul digunakan untuk membeli barang mainan yang anak inginkan. Trik ini mampu mendidik anak tentang konsep ‘berusaha’ untuk mendapatkan sesuatu sekaligus menerapkan budaya menabung!

TRIK ‘1 KEBAIKAN DAPAT UPAH RM1’ LATIH ANAK UNTUK BERUSAHA DAPATKAN SESUATU

1 kebaikan = upah RM1.

Itu cara aku guna sekarang untuk Dian kalau nak beli mainan.

Dengan cara ini, dia akan lebih appreciate barang mainan dia sebab dia tahu nak dapat sebijik kemain susah. Haha!

Dan bila jalan jalan dekat mall, bila dia mintak untuk beli toys aku akan tanya duit upah dah ada berapa?

Kalau tak cukup, no toys!

Condition ini exclude kalau dia nak activity book. Coloring book or sticker book yang itu okay. Aku beli.

Setiap kebaikan akan dapat upah RM1

Kebaikan itu tak kisah la tolong buang pampers berak adik ke atau masuk baju kotor ke dalam bakul, dapatlah upah RM1.

Tolong mama lipat dan kemas baju, dapat RM1.

Tolong basuh kereta RM1.

Duit lebihan beli mainan perlu masuk tabung semula

Dah dekat 2 bulan dok mintak beli toys oven.
Hari ni, duit terkumpul ada RM29.

Lepas habis sekolah bawak lah dia cari oven tu.
Tak jumpa oven, ada Hello Kitty.

Harga RM25. Ada balance RM4 masuk balik tabung.

Lepas beli tadi on the way dalam kereta dia urut urut belakang aku.

Aku syak ada la tu next mainan dia nak beli lepas ni.
Haha.

Dan cara ni jugak berjaya menepis pujukan telur berhantu kinderjoy.

Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Amir Hilmi

Most Popular

To Top