Terapi

Orang Tinggi & Berwajah Petak Lebih Cenderung Jadi Ketua – Kajian

95
SHARES
muka petak

Pernahkah anda mempunyai tanggapan tertrntu atau first impression bila pertama kali bertemu seseorang?

Walaupun kita selalu diingatkan agar tidak sekadar menilai raut wajah dan fizikal seseorang, terdapat banyak kajian yang membuktikan kecenderungan personaliti berdasarkan fizikal serta penampilan atau first impression.

Jom kita semak beberapa personaliti berdasarkan wajah dan fizikal.

Mungkin ada beberapa personaliti yang dikaitkan dengan wajah bertepatan dengan anda juga!

Merungkai Personaliti Berdasarkan Rupa dan Fizikal Mengikut Kajian Psikologi

1. Orang Yang Tinggi Dan Memiliki Wajah Petak Lebih Cenderung Untuk Menjadi Ketua

Sebuah kajian sains psikologi mendapati individu yang berwajah petak dengan tulang dagu dan tulang pipi yang ketara serta dahi yang luas sering dilihat sesuai untuk menjadi ketua.

Tambahan pula, semakin tinggi seorang ketua itu, dia lebih mudah mendapat kepercayaan sebagai seorang pemimpin.

Kredit Foto : fashionbeans.com

2. Orang Yang Berpersonaliti Teguh Biasanya Memiliki Tulang Dagu Yang Ketara

Orang yang berpersonaliti teguh atau memiliki ‘strong personality’ biasanya digambarkan sebagai bersikap yakin, berdikari, dan mudah didekati.

Biasanya saiz tulang dagu sering dikaitkan dengan kekuatan fizikal. Namun, tahukah anda, saiz tulang dagu juga melambangkan sifat ‘strong personality’ seseorang.

3. Kita Lebih Cenderung Untuk Bersetuju Dengan Orang Bermata Besar

Dalam sebuah kajian yang dilakukan di China, orang bermata besar dan bulat didapati mudah menarik perhatian seseorang. Raut wajah orang bermata besar juga dilihat lebih ekspresif. Oleh sebab itu kita dapati orang bermata besar mudah menarik perhatian seseorang bila berkomunikasi.

Kredit Foto : ballewtrade.com

4. Orang Extrovert Cenderung Memiliki Bibir Yang Lebih Besar

Menerusi kajian sama yang dilakukan di China, wanita extrovert juga biasanya memiliki bibir dan hidung yang lebih besar.

Sebaliknya, orang yang memiliki sifat introvert pula memiliki hidung yang lebih kecil.

Tips memerahkan bibir

Foto Kredit: etsy.com

5. Orang Yang Berhidung Besar Juga Biasanya Bercita-Cita Tinggi

Hasil kajian yang dipetik dari Journal of Cranofacial Surgery mendapati orang yang berhidung besar sering dikaitkan dengan mempunyai cita-cita tinggi.

Business Insider turut mengkaitkan orang yang memiliki hidung yang tidak mancung biasanya bersifat sifat empati terhadap orang lain, manakala orang yang memiliki hujung hidung yang menyerong ke atas pula sering dikatakan memiliki sifat extrovert.

Kredit Foto : healthline.com

6. Lelaki Berwajah Besar dan Lebih Tinggi Dilihat Lebih Agresif

Sebuah kajian pada 2009 mendapati wanita boleh menjangka tahap agresif seorang lelaki berdasarkan saiz wajah lelaki. Sebenarnya terdapat jawapan saintifik yang boleh mengaitkan kedua-dua karakteristik ini.

Lelaki yang memiliki hormon testosterone tinggi biasanya mempunyai wajah yang lebih besar.

Tahap testosteron tinggi ini pula dapat meningkatkan lagi tahap agresif seorang lelaki.

Hayden Panettiere hanya berketinggian 5’0″ iaitu 152cm. / Foto Kredit: popsugar.com

7. Orang Extrovert Lebih Murah Dengan Senyuman

Anda murah dengan senyuman?

Kemungkinan besar anda adalah seorang extrovert!

Orang extrovert lebih cenderung untuk senyum secara semulajadi bila bertemu orang berbanding orang introvert yang hanya tersenyum bila dirasakan perlu.

8. Orang Bersifat Narsistik Sering Berpakaian Warna Terang Dan Suka Memakai Aksesori

Kajian yang dilakukan pada tahun 2009 dibuat dengan menjangka tahap narsistik seseorang berdasarkan gambar penuh.

Antara perkara-perkara yang diambil kira dalam mengenal personaliti narsistik melalui gambar ialah penggunaan mekap, aksesori, warna pakaian dan sama ada mereka senyum atau tidak.

Baca juga: Dapatkah Anda Bezakan Senyuman Asli Atau ‘Fake’? Ini 3 Cara Mudah

Hasil kajian mendapati orang narsistik biasanya akan mengubah penampilan tanpa disedari atau tidak.

Cara berpakaian mereka ini juga mampu mempamerkan motif tersendiri.

personaliti diri

10. Orang Yang Lebih Tampan Atau Cantik Biasanya Dianggap Lebih Baik

Dalam sebuah kajian sains psikologi, otak manusia mampu untuk membuat andaian sepantas 0.10 saat. Ini termasuklah andaian kita bila pertama kali bertemu dengan orang yang tak dikenali.

Menurut pakar psikologi, biasanya kita akan membuat andaian berdasarkan wajah seseorang. Semakin menarik wajah seseorang, semakin positif andaian kita terhadap mereka. Andaian ini dinamakan ‘The Halo Effect’ dalam terma psikologi.

Otak kita akan cenderung untuk menganggap orang yang berwajah menarik bersifat lebih baik, peramah dan boleh dipercayai. Biasanya orang yang kita anggap menarik ini memiliki wajah yang simetri dan mempunyai saiz wajah seperti orang kebanyakan.

Kredit Foto : hackspirit.com

11. Kita Juga Cenderung Untuk Membuat Andaian Hanya Berpandukan Suara

Kita bukan sahaja dapat mengandaikan personaliti seseorang berdasarkan paras rupa, malah suara juga boleh memberikan gambaran tentang sifat individu.

Dalam sebuah kajian, pendengar diminta untuk mendengar rakaman perkataan “Hello” daripada beberapa individu.

Pendengar diminta untuk memberi skor berdasarkan tahap kemesraan, kepercayaan dan agresif.

Dalam hasil kajian, rata-rata pendengar berkongsi ‘first impression’ yang sama hanya berdasarkan suara seseorang. Contohnya, suara wanita dianggap lebih dipercayai jika nada suaranya menurun pada hujung perkataan.

Suara lelaki yang bernada agak tinggi juga dianggap lebih mudah dipercayai.

Kesimpulan

Semua penemuan kajian ini membuktikan personaliti boleh dikenalpasti berdasarkan rupa dan fizikal seseorang.

Mungkinkah kata-kata Don’t judge a book by its cover tidak lagi relevan?

Yang pasti, sesetengahnya adalah terbatas kepada tanggapan pertama (first impression) sahaja.

Untuk mengenali personaliti seseorang itu, kita perlulah bergaul dengan lebih dekat. Lagikan pula, hati manusia kadang-kadang tak boleh diduga dan sering berubah-ubah.

Bak kata pantun Melayu:

Anak punai anak merbah,

Hinggap ditonggak mencari sarang;

Anak sungai lagikan berubah,

Inikan pula hati orang.

Sumber :

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×