Sihat

Kena Patuk Ular, Usah Panik & JANGAN Sedut Bisa! Ini Yang Anda Perlu Buat

22
SHARES
dipatuk ular

“ALAMAK! Ada ular kena lari, risau dipatuk ular pula kang!”

Sememangnya kita sedar dengan kewujudan dan betapa bahayanya sejenis haiwan yang dipanggil ular ini. Bukan sahaja mempunyai bentuk yang menyeramkan, menggelikan bagi anda yang merupakan ophidiophobia, malah haiwan ini merupakan haiwan berbisa!

Mungkin dalam situasi tertentu seperti anda melakukan ekspedisi dalam hutan, memang mempunyai potensi tinggi untuk bertemu dengan ular dan dipatuk olehnya. Jadi, jika dipatuk ular apa yang anda harus lakukan? Jangan anggap perkara ini tidak penting kerana anda perlu bersiap sedia!

Jika dipatuk ular, ini adalah apa yang anda perlu lakukan

dipatuk ular

1.Cari bantuan dengan segera !

2. Bersihkan luka dan beri tekanan bila membalut

3. Kurangkan bergerak

4. Segera naiki ambulan dan dapatkan antitetanus dan antivenom (bukan antivaksin)

Selain itu, ada juga perkara yang dilarang jika dipatuk ular :

1. Jangan sedut bisa

2. Jangan sekat salur darah

3. Jangan naikkan luka melebihi paras jantung (contoh: letak kaki atas bantal)

4. Jangan beri ubat tahan sakit aspirin atau ubat tradisional

dipatuk ular

Namun, harus diingat ular juga ada yang berbisa dan tidak berbisa! Menurut petikan artikel dari Hello Doktor, pakar turut menyenaraikan beberapa jenis ular yang dikategorikan berbisa dan tidak berbisa. Antaranya:

Ular berbisa

-Ular Karang
-Ular Katam
-Ular Kapak
-Ular Tedung
-Ular Laut

Ular tidak/ kurang berbisa

-Ular Lidi
-Ular Daun

Pun begitu, adalah tidak wajar untuk kita semua mengambil risiko mendekati haiwan ini hanya kerana ia tidak atau kurang berbisa. Jadi, sila cuba untuk jauhinya dan segera bertindak jika sedang / telah dipatuk !

Sumber: Twitter Dr.Samhan, Hello Doktor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×