Rakyat

6 Sebab Kenapa Anda Sering Digigit Nyamuk, Bukan Sebab Darah Manis Tau!

8
SHARES
petua halau nyamuk

“Eish nyamuk ni, suka sangat gigit aku dekat mana-mana pun. Ada petua halau nyamuk tak?”

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang sering mengalami pengalaman seperti di atas bukan? Pergi sahaja ke mana-mana tempat pasti akan menjadi ‘buruan’ nyamuk terutama sekali apabila masuk ke kawasan hutan. Dah macam-macam ubat letak di badan, ada yang berkongsikan tips supaya meletakkan minyak angin untuk mengelakkan nyamuk menggigit kita. Nampaknya tidak menjadi.

Oleh itu, berikut merupakan perkongsian dan penjelasan dari Doktor Samhan di laman Twitternya membuka rahsia kenapa anda sering digigit nyamuk. Ingatkan sebab darah kita manis…

Baca juga: Cara Elak Lipas ‘Berkampung’ Dalam Kabinet Dapur Guna Bunjut Rempah

6 Sebab Anda Sering Digigit Nyamuk

1. DARAH JENIS O

Jenis darah tertentu lebih manis dari lain. Satu kajian mendapati darah jenis O mempunyai 83% kebarangkalian lebih tinggi untuk digigit nyamuk. Manakala sebaliknya dengan darah jenis A.

2. INDIVIDU BERTUBUH BESAR

Mungkinkah? Menurut kajian, ia kena-mengena dengan kadar metabolisme dan jumlah karbon dioksida yang dibebaskan dari badan sewaktu pembakaran tenaga.

Nyamuk menggunakan gas karbon dioksida untuk mengesan sasaran mereka & ia boleh dikesan dari 50 meter jauh. Jadi lebih besar anda, lebih banyak gas karbon dioksida yang dibebaskan & katakan anda bersaiz besar dalam kumpulan keluarga atau rakan, maka besarlah peluang untuk digigit.

3. WANITA HAMIL

Menurut satu kajian di Afrika, wanita hamil 2 kali ganda tinggi peluang digigit nyamuk juga atas sebab mereka membebaskan lebih banyak gas karbon dioksida.

Malah dalam satu kajian pada 2002 mendapati wanita sarat mengandung membebaskan 21% lebih banyak gas tersebut berbanding wanita biasa.

4. INDIVIDU SEDANG BERSENAM

Nyamuk tertarik dengan asid laktik, kompaun yang dikesan dalam peluh. Selain itu, senaman juga juga meningkatkan haba tubuh yang turut menyumbang tarikan gigitan nyamuk.

5. MEMAKAI PAKAIAN GELAP

Ini logik paling asas, di mana nyamuk lebih tertarik kepada persekitaran gelap, maka pakaian anda juga memberi indikasi yang serupa.

Dr. Jonathan Day, seorang pakar entomologi dan nyamuk di University of Florida menjelaskan, “Nyamuk sukar terbang dalam angin jadi mereka lebih memilih untuk berpusat di dataran. Persekitaran gelap membuatkan mereka lebih selesa.”

6. INDIVIDU KUAT BERPELUH

Asid tertentu dalam tubuh badan seperti laktik dan urik serta kolesterol mempunyai kandungan steroid yang tinggi. Ia juga menarik nyamuk kerana orang jenis ini mempunyai kadar metabolisme tinggi selain memproses kolesterol lebih cepat dari yang lain.

Sumber: Twitter Dr.Samhan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×