Asuh

21 Murid Taska Tempuh Detik Cemas, Bilik Darjah Dilanda Banjir Kilat Sampai Paras Pinggang!

banjir kilat

Susulan perubahan monsun yang kini sudah masuk ke musim tengkujuh, negara kita berdepan dengan potensi untuk kerap mengalami banjir. Terbaharu, seramai 21 murid di sebuah pusat asuhan kanak-kanak (taska) di Kampung Klang Gate terpaksa menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat.

Cuaca buruk yang melanda semua lokasi di Lembang Klang hari ini turut menyebabkan banyak lokasi mengalami banjir dan ramai pihak terkandas.

Baca juga: Pihak Taska/Tadika WAJIB Hubungi Waris Jika Kanak-Kanak Tak Hadir, Elak Kes Terlupa

21 MURID TASKA CEMAS TERPERANGKAP DALAM BANJIR KILAT

banjir kilat

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikerah ke lokasi sejurus terima panggilan pada 10.12 pagi. Menurut laporan, paras air banjir berada di paras pinggang orang dewasa di empat buah rumah dan tabika Kemas.

“Pihak bomba mengarahkan penghuni rumah untuk pindah ke balai penghulu dan mengeluarkan 21 murid dan empat guru. Semua murid tadika terbabit sudah diselamatkan anggota bertugas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya juga, trend air di kawasan berkenaan semakin menurun setelah hujan kurang lebat selepas jam 11 pagi.

Sementara itu, limpahan air sungai mengakibatkan banjir kilat di Ukay Perdana, di sini mengakibatkan 10 kenderaan terkandas di dalam air. Katanya, paras air dianggarkan kira-kira sedalam 0.305 meter dan tidak membabitkan mangsa setakat ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan hujan lebat di ibu negara sejak awal pagi hari mengakibatkan beberapa kawasan di sini dinaiki air termasuk di sekitar bangunan Parlimen.

Sidang Parlimen di Dewan Rakyat yang dijadualkan bermula 10 pagi hari ini terpaksa dianjakkan ke 10.30 pagi susulan sebilangan Ahli Parlimen terperangkap dalam banjir kilat.

*Diharapkan adik-adik ini selamat dan tidak mengalami trauma untuk ke sekolah semula nanti ya!

@sinarharianonline Sekumpulan murid di sebuah Tabika di Kampung Klang Gate, Hulu Klang, menempuh detik cemas apabila bilik darjah mereka dinaiki banjir kilat susulan hujan di Lembah Klang, sejak awal pagi tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata beberapa lokasi di sekitar kawasan itu dinaiki air susulan kejadian limpahan air sungai berhampiran. Beliau berkata, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pandan Indah serta BBP Ampang dikerah ke lokasi terbabit sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 10.12 pagi. “Semua murid tadika terbabit sudah diselamatkan anggota bertugas,” katanya. #SinarHarian #SinarTerkini #Tabika #Kemas #Banjir #Klang #VideoViral ♬ original sound – Sinar Harian

Baca juga: Selain Luka & Lebam, Perhatikan 6 Tanda AMARAN Si Kecil Mungkin Didera Pengasuh!

Sumber: Sinar Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×