Sihat

Rupanya 5 Makanan Ini Paling Menggemukkan Untuk Rakyat Malaysia, Hari-Hari Makan!

15
SHARES
orang gemuk

“Ramainya orang gemuk dalam Malaysia. Semua sebab makan makanan tak sihat!”

Berdasarkan laporan Kosmo pada tahun 2021 mengatakan, Malaysia merupakan ‘juara’ orang gemuk di ASEAN dengan memiliki peratusan orang ada obesiti paling tinggi. Walaupun Malaysia sangat sinonim dengan pelbagai jenis makanan melazatkan namun indeks yang dinyatakan ini amatlah merisaukan. Berikut merupakan antara 5 makanan kegemaran yang menjadi punca kegemukan jika diambil berlebihan!

Baca juga: Kerap Kencing Tapi Kurang Minum Air? Guna Petua Blend Buah Delima & Minum Selama 10 Hari

5 MAKANAN JADI PUNCA RAMAI ORANG GEMUK DALAM MALAYSIA

orang gemuk

1.Roti Canai

Siapa sahaja yang tidak menggemari menu sarapan paling popular ini iaitu roti canai. Tapi tahukah anda bahawa, satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori? Kalau anda makan dua keping dah 600 kalori!

2.Nasi lemak

Hidangan nasi lemak yang boleh dimakan tidak kira waktu ini sudah pastinya menjadi pilihan utama bagi rakyat Malaysia. Tapi, apabila dikira balik, nasi lemak yang mengandungi karbohidrat, protein, lemak lebih kurang 390 kalori tak termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap nasi lemak mempunyai lebih kurang 450-500 kalori.

3.Burger

Setiap malam kalau rasa lapar dan tak tahu nak makan apa, pilihan terakhir adalah beli burger tepi jalan. Bukan itu sahaja, apa jua menu burger yang anda gemari ini sememangnya mempunyai kandungan kalori yang tinggi! Daging kisar mempunyai nilai lemak yang tinggi dan satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori.

4.Mi Kari

Ini merupakan hidangan yang popular apabila ada rumah terbuka atau jamuan makan. Namun, perlu untuk anda tahu bahawa hidangan mi dengan sup kari, santan mempunyai kalori lebih kurang 500. Jadi, kalau inginkan makanan bersup boleh bertukar kepada sup tanpa minyak.

5.Mayonis

Perasan atau tidak, bagi mereka yang sedang dalam proses berdiet mesti akan tinggalkan pengambilan mayonis dalam setiap jenis makanan. Diakui mayonis memang sedap dan berlemak namun, satu suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori iaitu bersamaan dengan 40g lemak.

orang gemuk

*Tapi janganlah terlampau risau kerana bukan dengan makan sekali terus anda menjadi gemuk. Ini menjadi punca kegemukan dalam kalangan orang Malaysia jika diambil secara berlebihan.

Baca juga: Tanpa Sedar Kita Sering ‘Undang’ Risiko Penyakit Strok, Buat 5 Langkah Ini Untuk Cegah

Sumber: KevinZahri.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×